Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KHALID BERANI "SOUND" MURSYIDUL AM DAPigs!!!

SEMUT HITAM
KHALID BERANI "SOUND" MURSYIDUL AM DAPigs!!!
Wow! Ini satu berita yang cukup menarik. Sejak dia digulingkan oleh Rejim yang disokong oleh puak - puak DAPigs, nampak gayanya pendirian Si Khalid Ibrahim ni pun dah banyak berubah.

Sekarang Si Khalid Ibrahim tu bukan sahaja berani menghentam kepimpinan dari bekas parti dia sebelum ini. Malah dia juga dah berani 'Sound' Mursyidul Am DAPigs secara terbuka.

Kata Si Khalid, Lim Kit Siang perlu menghentikan amalan Politik Sempit yang hanya akan mengelirukan rakyat susulan kenyataan yang dibuat sewaktu berbahas didalam sidang Parlimen.

Kit Siang sebelum ini membuat dakwaan kononnya Malaysia hari ini seolah - olah sedang menuju ke arah sebuah Negara yang gagal dan turut digambarkan sebagai "Banana Republic".

Namun, menurut kata Bekas Menteri Besar Selangor itu, kenyataan yang dibuat oleh Kit Siang hanya mengelirukan rakyat sedangkan keadaan yang digambarkan tidak berlaku pada ketika ini.
Ahli Parlimen Gelang Patah (Kit Siang) berkata Malaysia menuju ke arah negara yang gagal. Perkataan ini boleh menjejaskan negara kita kerana ia menunjukkan bahawa mata wang negara kita seolah tidak mempunyai nilai.
“Kriteria mengatakan kita sebuah negara gagal bererti negara telah hilang kawalan menguruskan negara atau tidak berupaya menyediakan perkhidmatan awam. Saya tidak nampak mana-mana yang disebut itu berlaku masa ini,” katanya di Parlimen hari ini.
Apa yang jelas, kenyataan Si Khalid Ibrahim itu secara tidak lansung membuktikan bahawa puak - puak Pakatan Haprak tu selama hari ini bukan sahaja mengamalkan budaya Politik Sempit.

Bahkan dia turut mengakui bahawa Pakatan Haprak tu berusaha mengelirukan rakyat dan masyarakat dunia dengan melemparkan pelbagai dakwaan serta tuduhan yang tidak berasas terhadap pentadbiran Kerajaan.

Semua tu DAPigs lakukan atas dasar mereka mahu mengelirukan rakyat bagi membolehkan mereka memenuhi kepentingan Politik yang sarat dengan agenda Chauvanisme yang diperjuangkan selama hari ini. Bukannya diorang buat untuk menjaga kepentingan rakyat!!!

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.