Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KHIR TOYO BEBAS, GUAN ENG MEROYAN???

SEMUT HITAM
KHIR TOYO BEBAS, GUAN ENG MEROYAN???
Siapa sangka. Penyebaran berita mengenai pembebasan Bekas Menteri Besar Selangor semalam memberikan impak dan tekanan yang cukup besar kepada Si Guan Eng tu secara tak lansung.

Dengar katanya, Si Guan Eng semakin berserabut kepala lutut dia bila mendapat tahu bahawa Bekas Menteri Besar Selangor tu telah dibebaskan lebih awal daripada yang dijangkakan.

Mungkin kerana isu yang kini sedang melanda Si Ketua Menteri Pulau Pinang tu ada persamaan dengan kes Dr. Khir Toyo membuatkan Si Guan Eng tu mula terasa dirinya tergugat.

Untuk rekod, Dr. Khir Toyo telah didakwa dan didapati bersalah kerana membeli rumah banglow mewah bersama 2 lot tanah sewaktu dia menjawat jawatan sebagai Menteri Besar Selangor.

Kesalahan dibawah Akta CBT itu mendakwa mana - mana Pegawai Kerajaan boleh dikenakan tindakan kerana telah menyalah-gunakan jawatannya untuk memperolehi harta peribadi.
SHAH ALAM - Bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo dilaporkan menjalani hukuman parol bermula hari ini.

Ahli Lembaga Parol yang bermesyuarat pagi tadi bersetuju meluluskan permohonan peguam bekas Menteri Besar Selangor itu selepas beliau menjalani hukuman di Penjara Kajang selama enam bulan, lapor RakyatPost.my.

Melalui sistem parol bermaksud banduan akan menjalani baki hukuman di luar penjara di bawah pengawasan pegawai Parol untuk tinggal bersama keluarga.

Mohamad Khir sebelum ini disabitkan atas pertuduhan menyalah guna kuasa sebagai penjawat awam bagi memperoleh dua lot tanah dan sebuah banglo di Shah Alam bernilai RM6.5 juta pada harga RM3.5 juta pada 2007 untuk dirinya dan isteri.

Mahkamah Persekutuan pada 29 September tahun lalu mengekalkan hukuman 12 bulan penjara sabitan terhadap Dr Mohamad Khir.


Mohamad Khir yang juga bekas Adun Sungai Panjang, didakwa melakukan kesalahan itu di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor di Seksyen 7 Shah Alam pada 29 Mei 2007.
Jadi, tak heran la kenapa Si Guan Eng tu sekarang ni dilaporkan sedang 'Ketar Kepala Lutut' takut kalau dia akan didapati bersalah diatas kesalahan yang sama dan disumbatkan ke dalam penjara. Dalam erti kata lainnya, Si Guan ENg tu dah mula takut pada bayang - bayang dia sendiri!!!

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.