Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

'LEBIH BAIK PAS SERTAI BN', Tak ada Parti Berpengaruh dalam Blok Ke-3

CELAH GELEGAR - Mencari Kebenaran Yang Sebenar
'LEBIH BAIK PAS SERTAI BN', Tak ada Parti Berpengaruh dalam Blok Ke-3

ALOR SETAR - Pasma mencadangkan supaya Pas menyertai BN daripada bekerjasama dengan parti lain untuk membentuk blok politik ketiga bagi menghadapi PRU14.

Presidennya, Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi berkata, ini kerana pendekatan itu hanya akan merugikan pembangkang apabila berlaku perpecahan sokongan dan undi.

“Setakat ini matlamat untuk mewujudkan demokrasi yang berkesan hanya perlu ada sistem dua parti iaitu BN dan Pakatan Harapan.

“Tapi saya tengok penubuhan blok ketiga hanya merugikan pembangkang. Walaupun demokrasi dibenarkan tapi pembangkang yang rugi,” katanya.

Menurutnya, untuk menjadikan sistem demokrasi lebih berkesan, maka Pas tidak perlu mewujudkan blok ketiga, sebaliknya boleh memilih untuk menyertai BN ataupun Pakatan Harapan.

“Kalau kewujudan blok ketiga ini dilihat memihak kepada BN, maka lebih baik Pas sertai BN daripada merugikan pembangkang.

“Kita akan tunggu sehingga 16 Mac untuk lihat parti manakah yang akan bersama mereka (Pas). Tetapi saya tengok tak ada parti lain yang berpengaruh untuk bersama blok ketiga itu,” katanya.

Phahrolrazi berkata, penubuhan blok ketiga pembangkang itu juga diyakini tidak mampu memberi saingan kepada Pakatan Harapan yang disertai PKR, DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah).

Sebelum ini, Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan mengumumkan Pas akan membentuk satu kerjasama baharu dengan sebuah parti politik untuk menghadapi PRU14. - SH

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.