Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Mahfuz: Najib GULINGkan Mukhriz Boleh, Mahathir mahu TURUNKAN Najib Kenapa Tak Boleh

CELAH GELEGAR - Mencari Kebenaran Yang Sebenar
Mahfuz: Najib GULINGkan Mukhriz Boleh, Mahathir mahu TURUNKAN Najib Kenapa Tak Boleh

Apakah perbezaan cubaan mendesak Datuk Seri Najib Razak berundur melalui Deklarasi Rakyat dengan tindakan perdana menteri itu menyingkirkan Datuk Seri Mukhriz Mahathir daripada jawatan menteri besar Kedah?
 
Persoalan itu diajukan Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar ketika mengulas pemecatan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai penasihat Petronas.
 
Malah, menurut bekas naib presiden PAS itu pelucutan jawatan Dr Mahathir tersebut tidak mengejutkan kerana ia jelas menunjukkan pemikiran "otak selut" pemimpin Umno dan BN.
 
Awal Febuari lalu, Mukhriz meletak jawatan sebagai menteri besar selepas dua minggu pergolakan politik melanda Kedah dan dikatakan hilang sokongan majoriti Dewan Undangan Negeri (DUN).
 
Dua hari lalu pula kerajaan mengumumkan penamatan perkhidmatan Dr Mahathir sebagai penasihat Petronas kerana kedudukan beliau tidak lagi menyokong kerajaan.
 
Mahfuz yang juga bekas ketua penerangan PAS hairan bagaimana ketetapan Deklarasi Rakyat - yang mahu menyingkirkan Najib sebagai perdana menteri menerusi saluran damai dan mengikut undang-undang - dianggap bertentangan dengan undang-undang dan perlembagaan.
 
Soal Mahfuz, cubaan kumpulan Dr Mahathir boleh dianggap mengambil pendekatan modus operandi sama digunakan Najib menyingkirkan Mukhriz sebelum ini.
 
“Apakah peristiwa penyingkiran Mukhriz sebagai MB Kedah dengan akuan bersumpah yang dipaksa ke atas ADUN Umno-BN mengikut saluran undang-undang? 
 
"Keputusan kabinet melucutkan (jawatan) Tun M (daripada Petronas) dengan alasan tersebut menunjukan pemikiran otak selut pemimpin Umno-BN,” kata Mahfuz dalam kenyataan hari ini.
 

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.