Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MAKIN RAMAI YANG BERGELIMPANGAN DIBUATNYA!!!

SEMUT HITAM
MAKIN RAMAI YANG BERGELIMPANGAN DIBUATNYA!!!
Tak sangka pulak dengan hanya membaca kenyataan yang dibuat oleh Ahli Parlimen Gua Musang ni mampu membuatkan beberapa pihak meroyan tak tentu arah dan berguling atas jalan raya.

Sejak dua hari yang lepas, banyak kali juga kita baca kenyataan - kenyataan yang keluar dari mulut orang yang 'SONGEH' kerana telah dimalukan oleh Tengku Razaleigh secara terbuka.

Ia gara-gara tohmahan jahat yang dibuat Sabtu lalu mendakwa konon bekas menteri Kabinet dan tokoh veteran UMNO dari Kelantan itu dalang menggulingkan Perdana Menteri.

Segala-galanya dipercayai susulan kemunculan tidak dijangka Ahli Parlimen Gua Musang itu bersama-sama pemimpin UMNO Kelantan di Parlimen bagi menyerahkan Deklarasi Kelantan untuk menyokong PM.

Walhal sebelum itu, semua portal dan blog Pro Pembangkang mendakwa Tengku Razaleigh ialah penyokong tegar Mahathir waima tidak muncul sewaktu Majlis Deklarasi sekali pun namanya disebut pengacara majlis itu.

Mungkin sudah hilang sabar dengan cerita politik kedai kopi yang memberi persepsi negatif, beliau pada 29 Mac menegaskan tidak terbabit gerakan menjatuhkan Najib apatah lagi berhasrat menggantikan Perdana Menteri.

Tengku Razaleigh yang juga mesra disebut Ku Li turut menafikan dakwaan palsu Mahathir konon beliau sendiri yang mengetuai gerakan rahsia tersebut termasuk bagi mengemukakan undi tidak percaya di Dewan Rakyat.

Malah katanya, beliau juga tidak tahu-menahu langsung mengenai surat terbuka yang disebarkan menerusi media sosial tempatan kononnya ada usaha untuk menyokong dirinya menjadi perdana menteri ketujuh negara ini.
“Saya terlalu tua (jadi Perdana Menteri)… saya mahu beri laluan kepada generasi baharu,” katanya dalam sidang media di kediamannya, pada Selasa yang penuh sesak dihadiri ramai wartawan termasuk propembangkang.
Ku Li seterusnya berkata, beliau juga tidak menyedari mengenai kewujudan akuan berkanun yang konon tidak ditandatangani pihak tertentu bagi menyokong langkah beliau untuk dilantik sebagai perdana menteri baharu.

Perkara pelik itu didedahkan Ahli Parlimen DAP, Kluang Liew Chin Tong menerusi Facebooknya pada Isnin yang disifatkan banyak penganalisis politik sebagai cara alihkan perhatian daripada skandal banglo Lim Guan Eng.
“Saya tidak menulisnya… saya tidak tahu mengenainya,” jelas Ku Li yang menafikan beliau menyokong gerakan deklarasi Mahathir-Lim Kit Siang, malah tegasnya, beliau sendiri tidak pernah bersetuju dengan deklarasi itu.
Ditanya tuduhan liar Mahathir konon beliau banyak kali belot dalam parti, Ku Li secara jenaka sinis berkata, ramai juga orang di luar sana pernah kata beliau sendiri banyak kali ditipu hidup-hidup oleh Mahathir tanpa disedari!

Menyentuh isu siapa diktator: Mahathir atau Najib, Ku Li seloroh berkata, beliau berpegang pada pengakuan jujur Mahathir sendiri mengatakan Mahathir ialah diktator: “Masa zaman dulu itu, nak buat apa-apa pun tak boleh!”

Tengku Razaleigh berkata, apa juga gerakan jalanan untuk menukar pemimpin secara paksa seharusnya mesti mengikut Perlembagaan Persekutuan iaitu ketika pilihan raya atau usul undi tidak percaya di Parlimen.

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.