Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MAMAK KADIAQ BUKAK MULUT TOLAK HUDUD!!!

SEMUT HITAM
MAMAK KADIAQ BUKAK MULUT TOLAK HUDUD!!!
Mungkin ada betul juga pandangan yang diberikan oleh seorang sahabat ni bila dia bercerita mengenai isu kewujudan gabungan diantara PAS dengan parti yang dipimpin oleh Si Mamak Kadiaq ni.

Kata dia, tindakan PAS bergabung dengan parti Ikatan tu hanya sekadar 'Wayang' untuk PAS menjustifikasi hubungan mereka dengan Barisan Nasional menjelang PRU akan datang.

Menurut pandangan persimis dari sahabat tu lagi, tujuan PAS hanya sekadar nak cari 'Kambing Hitam' yang boleh dijadikan sebagai mangsa untuk menghentam Barisan Nasional.

PAS katanya tidak boleh terlalu lantang untuk menghentam Barisan Nasional kerana mengharapkan isu perlaksanaan Hukum Hudud yang kini sedang diproses didalam Parlimen.
"PAS takut sekiranya usul untuk melaksanakan Hukum Hudud di Kelantan ditolak. Maka sebab itu diorang tak boleh beria nak hentam UMNO/Barisan Nasional," jelas sahabat tu.
Dalam erti kata lainnya, PAS hanya setakat nak menjaga kepentingan Politik Peribadi mereka sendiri untuk terus kekal relevan dikalangan rakyat serta ahli mereka diperingkat akar umbi.

Jika dilihat dari satu sudut, pandangan yang diberikan tu memang bertepatan apabila Si Mamak Kadiaq tu bukak mulut membicarakan tentang isu perlaksanaan Hukum Hudud semalam.

Kata Si Mamak Kadiaq tu, isu Hudud tidak akan menjadi satu isu utama dalam gabungan parti yang dipimpin dengan PAS pada ketika ini. Ianya tidak sesuai dilaksanakan di Malaysia.
“Saya tidak fikir, situasi di Malaysia sesuai untuk melaksanakan hukum hudud. Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang juga berkata, hudud kita fikir kemudian, apa yang dibentangkan di Parlimen bukan untuk melaksanakan hudud.“Tetapi, hanya untuk tingkatkan lagi kuasa mahkamah syariah. Kerana, kuasa mahkamah syariah lebih rendah dari mahkamah majistret,” ujarnya dalam satu wawancara bersama FMT.“Mereka (PAS) tidak membawa hudud, selama 20 tahun memerintah, Datuk Seri Nik Abdul Aziz Nik Mat juga tidak pernah bawa. Dia (Nik Aziz) tahu bahawa rakyat tidak sokong.
“Tetapi ia mendapat provokasi dari ahli-ahli UMNO di kawasan kampung terutamanya, kenapa PAS sebagai sebuah kerajaan tidak membawa hudud,” jelasnya.
Nah! Secara tidak lansung, kenyataan Si Mamak Kadiaq tu membuktikan bahawa mereka akan menjai jurucakap bagi pihak PAS untuk menolak perlaksanaan Hukum Hudud di Malaysia.

Strateginya adalah untuk mendapatkan sokongan dari kalangan mereka yang bukan Islam yang selama ini cukup skeptikal terhadap isu perlaksanaan Hukum Hudud yang dibawa oleh PAS. Jadi, itu kerja utama Si Mamak Kadiaq ni bercerita bab Hudud!!!

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.