Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Muhyiddin: 'Saya penyelamat bukan pengkhianat'

CELAH GELEGAR - Mencari Kebenaran Yang Sebenar
Muhyiddin: 'Saya penyelamat bukan pengkhianat'

DAMANSARA - Bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kelantangan beliau bersuara dan penyertaannya dalam Deklarasi Rakyat kini bukan bererti untuk merosakkan partinya (Umno) sebaliknya ingin menyelamatkan Umno daripada 'karam'.
Katanya, pada pemerhatiannya 'kapal layar' Umno kini hampir ‎ tenggelam dek kerana nakhoda dalam kapal tersebut telah 'tersasar' daripada laluan yang sebenar.
"Saya jelaskan di sini langkah yang saya ambil kini (sertai Deklarasi Rakyat) adalah untuk menyelamatkan Umno dan kerajaan supaya keadaan tidak menjadi teruk dan esok mungkin kita akan kalah dalam pilihan raya.
"Sebab itu saya anjurkan satu deklarasi untuk menyelamatkan parti dan negara, jadi kalau dilihat di sudut itu saya bukan pengkhianatnya.
"Saya adalah  penyelamatnya, supaya pemimpin Umno dan BN tahu  keadaan kini teruk.
"Dan sekiranya Datuk Seri  Najib tidak berhenti maka bebanan yang ditanggung itu akan ditanggung bersama oleh parti...parti akan ditolak oleh rakyat,  itu sebab saya berani ke hadapan, walaupun saya tahu saya akan dicerca, jadi jika tiada ahli parti yang bersedia nyatakan yang hak, saya berani kerana bagi saya 'nyatakan benar walaupun pahit'  sebab itu ubatnya," katanya ketika di wawancara Sinar Harian di Damansara hari ini.
‎Mengambil perumpamaan Umno kini sebuah kapal Titanic, Muhyiddin berkata jika sekiranya kapal itu akan berlanggar ‎maka beliaulah yang bertanggungjawab mengalihkannya.
"Jika kita berada dalam keadaan kapal Titanic yang hendak langgar bongkah batu di hadapan kita dan kita biarkan begitu akhirnya apa akan jadi seluruh kapal akan tenggelam.
"Jadi sepatutnya ahli Umno lihat saya hendak selamatkan keadaan bukan saya jadi pengkhianat untuk rosakkan parti tapi kalau mereka berdiam  diri mereka akan terima balanya..tiada keberanian untuk hadapi realiti saya tidak begitu dalam sejarah perjuangan saya, tidak begitu," katanya. - Sinar Harian

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.