Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Najib: Kalau baca di internet, kita boleh gila

CELAH GELEGAR - Mencari Kebenaran Yang Sebenar
Najib: Kalau baca di internet, kita boleh gila

KUANTAN - Usul mengeluarkan gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di dinding alma mater Universiti Nottingham, United Kingdom hanya gah di laman sosial namun, realiti sebenar adalah sebaliknya.
Mengulas mengenainya Najib berkata, usul itu tewas dengan majoriti besar apabila hanya enam daripada 71 pelajar mengundi setuju manakala 41 menolak dan 24 pula berkecuali.
“Ketika usul mahu menurunkan gambar ini mula disebarkan di internet, nampaknya seperti akan dilaksanakan tetapi keputusan undian menyebabkan ‘program’ mereka tidak menjadi dan rosak.
“Kalau membaca di internet, kita boleh ‘gila’ kerana terlalu banyak perkara yang tidak menunjukkan realiti sebenar,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Penyerahan Kunci Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) Pahang, semalam.
Najib berkata, senario politik kini lebih menjurus kepada politik persepsi dan semakin menjadi mainan pihak tertentu.
 - SH
SIAPA YANG WUJUDKAN PERSEPSI NEGATIF TERHADAP NAJIB?

Sejak RM2.6bil menjadi bahan ejekan dan bahan lawak seluruh rakyat Malaysia.Sehinggakan bila pasukan Harimau Malaya kalah 0-10 kepada UAE, RM2.6bil terpalit dengan ejekan ‘RM2.6bil GHAIB, 10-0 AIB, RM2.6 derma dari Syeikh Arab, 10-0 Sumbangan dari Orang Arab’. Malu Rakyat Malaysia!

Setelah isu ini dibangkitkan oleh WSJ, Rakyat Malaysia telah mengemukakan beberapa soalan yang sebenarnya mudah dijawab oleh orang yang bersifat benar, jujur dan amanah dan tiada niat untuk menipu.

Apatah lagi yang dipersoalkan ialah seorang Perdana Menteri, yang ditanya ialah kerajaaan yang telah memerintah lebih dari 50 tahun. Kita pasti orang yang bercakap tentang KPI, Transformasi dan berbagai kata-kata jargon yang bombastik, pasti memiliki SOP dan FAQ yang telah disediakan bagi menghadapi apa jua persoalan. Ini tidak. Jawapan diberikan berbelit-belit, bercanggah antara satu sama lain dan membodohkan rakyat sama seperti seorang yang desperado kerana ingin menutup penipuan dan pembohongan yang telah dilakukan.

Melayu era cyber bukan ‘Melayu Mudah Lupa’ seperti yang digambarkan oleh Tun Mahathir. Melayu sekarang punya pengkalan data yang besar dan cepat untuk diakses seperti Google, FB, YT, WA, Dropbox dan Cloud. Justru dibangkitkan semula beberapa persoalan tersebut supaya Najib dan kabinet nya lebih bertanggungjawab kepada rakyat dan negara dan persoalan ini menjadi agenda utama sehingga seseorang itu berundur atau sehingga PRU14.

Apakah RM2.6 bilion benar-benar dideposit ke akaun peribadi Najib Razak di AmBank Islamik?
Jawapan yang diterima ialah DIAM atau bahasa Inggerisnya ‘Elegant Silence’. Itulah yang sering dilakukan oleh Najib tidak kiralah isu peribadi maupun isu nasional seperti isu perkauman dan isu Kalimah Allah.

Apakah RM2.6 bilion dari duit 1MDB itu masuk ke akaun Najib Razak?

Jawapannya kali ini ialah ‘Akaun itu tidak wujud’. Dan apabila ada dokumen yang membuktikan wujudnya kedua-dua akaun itu, jawapannya kali ini juga SENYAP.

Apakah RM2.6 bilion dari duit 1MDB itu masuk ke akaun Najib Razak?

Jawapannya kali ini mencari kesalahan teknikal seperti ‘ Ejaan nama Najib Razak oleh WSJ adalah silap’. Ini diikuti dengan jawapan seorang badotnya dan Najib sendiri ‘Adalah bodoh jika Najib Razak nak guna akaun sendiri untuk terima wang itu’. Justru mereka menyimpulkan bukan akaun Najib. Begitu mudah dan mereka ingat semua rakyat Malaysia bodoh dan mudah diperbodohkan.

Apakah RM2.6 bilion dari duit 1MDB itu masuk ke akaun Najib Razak?

Jawapan dari mulut Najib ketika berucap di satu perjumpaan ‘ Saya tak guna duit itu untuk kegunaan peribadi’. Rakyat tak tanya pun duit itu Najib guna untuk diri sendiri, atau untuk isteri dan anaknya. Jawapan ini disusuli pula oleh ‘Takkan saya nak khianati Negara dan Rakyat Malaysia’. Kes hutang 1MDB yang ditubuhkan dengan duit rakyat dan wang pendahuluan dari duit rakyat belum reda, apakah jawapan ini meyakinkan rakyat? Tidak mungkin.

Apakah RM2.6 bilion dari duit 1MDB itu masuk ke akaun Najib Razak?

Jawapan dolak-dalik kali ini ialah ‘ Penulisan WSJ adalah berunsur fitnah. Kebenaran akan terbukti. Saya akan saman WSJ pada hari Selasa’. Tapi bila WSJ jawab dengan tegas surat Peguam Najib dan Kerajaan Malaysia bahawa WSJ tetap dengan pendirian dan apa yang dilapurkan, Najib terkedu. Sehingga sekarang tiada saman rasmi yang dibuat.Saman Najib, jangan tak saman. Rakyat Malaysia akan terus menunggu untuk Najib menyelamatkan maruah dan kedaulatan Negara.

Apakah RM2.6 bilion dari duit 1MDB itu masuk ke akaun Najib Razak?

Jawapan dari salah seorang menterinya adalah ‘Ini adalah perancangan Yahudi dan masyarakat minoriti Malaysia yang 30% untuk memecahbelahkan Umno. Yahudi kini sedang menyerang Malaysia.’ Apakah rakyat Malaysia boleh percaya?

Bila persoalan yang serupa ditanya lagi.

Jawapan kali ini ialah ‘ RM2.6 bilion itu tidak wujud’. Tapi anehnya selang beberap hari, jawapan yang pelik diterima dari SPRM ‘RM2.6 bilion itu adalah Derma’. Maharaja Lawak yang paling hebat! Terus jenaka cyber beredar, Jika polis menerima RM50 dari Pesalah Jalanraya, itu dipanggil ‘Corruption’, Jika kawan Najib terima USD500 million, itu dipanggil ‘Commission’ tapi bila Najib terima RM2.6billion, itu dipanggil ‘Donation’.

Dan bila persoalan tentang siapa pendermanya , kenapa Pak Arab itu sanggup beri derma sebanyak itu, apakah ada timbalbalik dari derma itu?

Jawapan yang diterima ‘Penderma itu adalah adalah dari Timur Tengah. Najib berhak untuk merahsiakan nama penderma itu. Tun Mahathir cemburu beliau tak dapat duit derma sebanyak itu’. Kalau dalam peperiksaan – GAGAL kerana tidak menjawab soalan!

Kemudian seorang Timbalan Menteri memberi contoh Putera Waleed yang ingin menderma RM120billion. Apakah Prince Waleed akan ‘derma’ kepada Najib tanpa sebarang ikatan? Kalau tiada ikatan, lebih banyak pahala jika derma kepada pelarian Islam yang banyak merempat sekarang ini.

Kemudian kaki bodeknya memberikan jawapan lagi ‘Derma itu kerana Najib membantu memerangi IS’. Sedangkan ‘derma’ itu berlaku sebelum IS ditubuhkan. Kalau nak bohong pun, bohonglah dengan bijak.

Jawapan seterusnya ‘Duit itu saya guna untuk pilihanraya dan kerja kebajikan’. Duit derma Pak Arab digunakan untuk politik, menang pilihanraya. Persoalannya berapa yang digunakan dan berapakah bakinya? Dimanakah bakinya sekarang ini? Jika tiada baki, apakah perbelanjaan pilihanraya melebihi had yang dibenarkan SPR? Persoalan terakhir ini tidak berjawab sehingga sekarang. Jika aparat kerajaan menjalankan dengan telus dan professional, pasti soalan-soalan ini merupakan soalah check-mate dan jawapan yang diberikan selama ini bernilai sampah yang boleh dibuang begitu sahaja.

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.