.
Najib PM paling huduh dan menyusahkan rakyat
PANDANGAN
Najib Razak mencatatkan sebagai seorang perdana menteri paling huduh dan menyusahkan rakyat di negara ini mungkin sehingga abad ini. Hari ini bukan sahaja rakyat Malaysia terpaksa memikir mengenainya, tetapi dunia lain juga memberi perhatian kepadanya.
Dunia jagi geger dengannya.
Semua benua memberi tumpuan kepada Najib dan menanti apakah kesudahannya nanti. Najib bukan sahaja menarik pemerhati politik dalam negaranya, tetapi di luar juga. Dia menjadi seolah penggerak baru dunia.
Tengoklah laporan media massa dunia semua melapor dan memperkatakan hal Najib.
Kedudukan Najib hari ini juga boleh menyapu rekod cemerlang yang dicatat oleh bapaknya Razak Husein sebagai PM Malaysia yang ke-2.
Najib dan Malaysia tercemar apabila beberapa isu yang mengelilingi dirinya seperti skandal kewangan membabitkan jumlah yang banyak. Angka popular dikaitkan dengan Najib RM2.6 bilion, dan angka itu bertambah menjadi sekali ganda, di mana hari ini nilai skandal membabitkan Najib berjumlah lebih RM4 billion. Itu laporan atau "fitnah" terbaharu. Isu Najib berpanjang memasuki tiga tahun.
Belum pernah berlaku sebelum ini pembesar Malaysia dikaitkan dengan skandal berskala besar seperti dihadapi Najib. Najib adalah mencatat rekod berkenaan dan mustahil rekod itu akan dapat diatasi sesiapa menjadi perdana menteri Malaysia selepas ini. Kalau campur Anwar Ibrahim, Tengku Razaleigh Hamzah dan Muhyiddin Yassin jadi PM pun masih belum terlawan Najib.
Dr Mahathir yang pernah dianggap sebagai PM terzalim dan kejam kerana memenjarakan timbalannya Anwar Ibrahim, pun tewas kepada Najib. Najib sebenarnya bukan sahaja ikut memenjarakan Anwar untuk menjaga kuasanya, tetapi melakukan kerosakan dan pencemaran politik lebih daripada itu. Ini yang orang terkejut dan berasa pelik dengannya.
Sama ada segala tuduhan ke atas Najib itu benar atau merupakan fitnah, tetapi ia telah meletakkan Najib di ranting teratas dan Malaysia dikenali dengan sebuah negara yang pemimpinnya huduh dan busuk. Kalau ia fitnah tentu ada sebab musabab yang terarah ke situ? Dan sebagai perdana menteri dan kerajaannya Najib harus membersihkan fitnah berkenaan. Itu tanggungjawab, tetapi tanggungjawab itu diabaikan begitu sahaja.
Pendedahan mengenai angka skandal Najib didedahkan oleh WSJ. WSJ bukan calang-calang akhbar seperti Harakah atau Utusan Malaysia. Najib mengancam untuk menyaman akhbar berkenaan beberapa kali. Tetapi hingga sekarang tidak ada tindakan undang-undang diambil terhadap WSJ. Malahan akhbar berpusat di London itu makin galak menggeletek Najib.
Segala tuduhan dan (anggapan) tohmahan terhadapnya, gagal dijawab oleh Najib. Aparat kerajaan, Polis, SPRM, AG dan sebagainya digunakan Najib wewenang dengan penuh tektikal bagi meredakan keadaan dan menyakinkan rakyat kepada kepimpinannya, namun ia gagal. Terbaharu telah berlangsung Kongres Rakyat, gerakan massa terbesar untuk menyingkirkan Najib.
Najib dan pentadbirannya dikaitan dengan pelbagai isu hanya setelah setahun sahaja beliau mengangkat sumpah menjadi PM ke-6 Malaysia. Jenayah dan skandal adalah ikon kepada masalah pentadbiran Najib. Apa dilakukan Najib lebih teruk dan dahsyat daripada Abdullah Ahmad Badawi.
Jenayah pertama yang dikaitkan dengan Najib dan ia hampir mejerumuskan PM itu ialah pembunuhan modeling dari Mongolia Altantuya Shaariibuu. Walaupun kes itu sudah dianggap selesai dan si terdakwa sudah dihukum, namun jenayah itu tetap menghantui Najib. Ia dianggap belum selesai apabila timbul berbagai-bagai perkembangan terbaharu dan kemisterian tentangnya dari masa ke semasa.
Rakyat Malaysia dan dunia masih berasa belum tuntas mengenai kes berkenaan.
Proses keadilan terhadap jenayah itu masih dilakukan oleh keluarga mendiang Altantuya. Sementara timbul pula berbagai perkembangan dan penemuan bukti baharu berhubung kejadian itu. Apa yang dinamakan SD daripada salah seorang terdakwa yang sudah terhukum menerbitkan persepsi baharu dalam kes berkenaan.
Dan "pelindungan" diberikan kepada Sirul Azhar Umar di Australia, tambah menjadikan jenayah itu hidup dan diperkatakan. Kes pembunuhan Altantuya terus dikaji dan didiknosis oleh dunia. Setiap kajian itu pula ia tidak dapat tidak akan mengaitkan dengan Najib.
Selain Najib diputar dan terbelit dengan jenayah itu, dia juga berhadapan dengan kredibiliti dirinya yang dilihat dipengaruhi oleh isterinya Rosmah Mansor. Rosmah diperkatakan banyak mempengaruhi Najib bukan sahaja dalam soal rumah tangga, tetapi pentadbiran negara juga sehingga menjejaskan wibawa Najib sebagai PM. Bahkan kedegilan Najib untuk berundur setelah tertekan dengan asakan rakyat, dipertahankan oleh Rosmah. Rosmah dianggap roh kepada Najib sebagai PM.
Rosmah mengatur Najib bukan sahaja dalam hal ehwal rumah tangga, ekonomi mereka, tetapi dalam pentadbiran, juga termasuk pembentukan Kabinet. Apakah benar atau tidak peranan Rosmah, tetapi dakwaan itu sudah menjadi cakap-cakap umum. Yang bercakap bukan kalangan politik tetapi pelajar, kaum ibu dan pegawai kerajaan. Ahli Umno termasuk kawan Najib juga bercerita secara senyap dan mereka meluat dengan isteri PM itu.
Keborosan Rosmah dalam berbelanja dan menggunakan kemudahan Kerajaan seperti jet eksekutif telah merosakkan imej Najib sebagai perdana menteri. Najib dan isterinya berbelanja lebih daripada golongan bangsawan belanja.
Selain daripada skandal kewangan dan campur tangan isterinya, Najib juga rosak ekoran beberapa tragedi dan kejadian lain menimpa negara. Misalnya kehilangan MH370 yang kini masih tidak ditemui. Rentetan itu juga penembakan sebuah lagi pesawat MH 17 di Ukrain. Tragedi itu menjadikan Najib dikenali dan Malaysia disebut oleh mulut dunia. Apakah mungkin kejadian itu sebagai bahana ke atas pentadbiran Najib yang dipertikaikan itu?
Malang bagi Malaysia, negara ini sepatutnya dikenang indah serta sebagai sebuah negara sedang membangun di Asia Tenggara yang menuju mercu kejayaan sebaliknya sejak ia diambil Najib Malaysia dikenang dan diimpikan sebagai sebuah negara yang menuju porak peranda.
Orang Melayu mungkin juga berasa sedih dengan Najib kerana dia bukan sahaja merosakkan nama negara tetapi dia juga memusnahkan parti Umno yang dianggap parti keramat itu. Dia membunuh legasi agung bapaknya sendiri. Umno mungkin selepas ini tidak akan ada lagi ia bakal musnah bersama Najib. [wm.kl.4:49 pm 31/03/16]

0 comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.