Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nak selamatkan Malaysia, tapi kena ikut telunjuk dan agenda DAP?

CELAH GELEGAR - Mencari Kebenaran Yang Sebenar
Nak selamatkan Malaysia, tapi kena ikut telunjuk dan agenda DAP?

SEORANG bekas pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa mencadangkan bahawa mana-mana individu yang ingin menyelamatkan Malaysia perlu bersama-sama menubuhkan satu gagasan (coalition) bersama DAP.
 
Atau maksudnya, hanya DAP yang boleh dan layak mengetuai sebarang strategi politik untuk “menyelamatkan” Malaysia?

Siapa yang boleh lupa DAPlah yang menghancurkan semua gerakan usahasama di kalangan parti-parti politik pembangkang sebelum ini.

Adakah ini satu idea baru untuk mempastikan parti sosialis rasis ini akan menentukan setiap strategi, saranan dan gerak kerja politik tanpa dicabar atau dikritik lagi selepas ini?

Ini membuktikan DAP tidak percaya dan tidak jujur terhadap semua kerjasama dan “Tahaluf Siyasi” yang berlaku selama ini.

Barisan Alternatif, Pakatan Rakyat, Pakatan Harapan dan kini Grand Coalition – semuanya hanyalah tipu helah politik dan langkah memperbodohkan rakyat sahaja.

PAS (dahulu), PKR dan terkini PAN telah dan akan di”kencing”kan begitu saja oleh DAP.

Para penyokong dan pentaksub parti-parti PKR, PAN dan DAP tak payah merasa terlalu teruja (excited) dan gabra semacam dengan cadangan ini. Ia hanyalah satu pakej “mengganjakan” kesedaran politik rakyat Malaysia, bangsa Melayu dan umat Islam terhadap muslihat politik parti sosialis rasis ini.

Perlu diingat juga, UMNO dan pimpinannya pun tidak bersih daripada “dosa-dosa” politik terhadap kepentingan Melayu dan umat Islam.

Dan apabila rakyat menolak DAP, PKR dan PAN, tidak bermakna mereka bersetuju dengan tingkah laku UMNO dan para pemimpinnya yang tidak segera menampakkan kejujuran dan keikhlasan mereka dalam isu-isu yang melibatkan kepentingan Islam, umat Islam dan bangsa Melayu.

Kadang-kadang keadaannya sama seperti 2 kali 5 sahaja!

“Kepentingan rakyat” hanyalah satu retorik busuk yang selalu dimainkan oleh SEMUA parti politik di negara kita, lebih-lebih lagi menjelang PRU.

Rakyat perlu diberi kefahaman bahawa antara semuanya, DAP lebih wajar diawasi dan diberi pengajaran sebenar di peti undi akan datang.

Kita tidak boleh beri walau SATU undi pun kepada DAP!

Muhammad Luttfi Abdul Khalid

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.