SEMUT HITAM
PATUT LA MAKIN KECUT KERANDUT GUAN ENG!!!
Hehehe!!! Nampak gayanya Si Guan Eng tu semakin hari semakin hilang akal dek kerana skandal pembelian rumah mewah dibawah harga pasaran miliknya kian dipertikaikan oleh pelbagai pihak.
Nasihat yang cuba diberikan oleh rakan - rakan sekutu DAPigs tu sebelum ini ternyata tidak diendahkan oleh Guan Eng, sekaligus membuktikan yang dia memang 'Sombong' dan 'Angkuh'.
Dan terbukti bahawa Si Guan Eng tu bukan sahaja dihimpit dengan isu skandal pembelian rumah mewah itu sahaja. Sebaliknya dia turut terpalit dengan kontroversi penjualan tanah di Taman Manggis.
Naib Pengerusi GERAKAN Pulau Pinang semalam mendesak agar Guan Eng memberikan penjelasan bagaimana lot tanah seluas 1.1 ekar di Taman Manggis boleh ditukarkan statusnya
Jika sebelum ini, lot tanah tersebut sepatutnya dijadikan sebagai sebuah tempat fasiliti penjagaan kesihatan. Tetapi kemudian, ianya ditukar kepada pembinaan hotel dan suites berservis.
Menurutnya, status penggunaan tanah tersebut telah ditukar sebaik sahaja ianya dijual kepada Kuala Lumpur International Dental Centre (KLIDC) menerusi tender terbuka pada 2011.
“Ianya jelas memberikan kelebihan komersial kepada syarikat tersebut memandangkan tanah itu kini boleh dinilai lebih tinggi,” kata H’ng kepada wartasan selepas dia dan beberapa orang pemimpin tempatan Barisan Nasional membuat laporan polis berhubung perkara berkenaan di Ibu Pejabat Polis Georgetown.Menurutnya lagi, nilai tanah tersebut akan meningkat ekoran pemiliknya membina hotel di tapak tersebut, dan menambah, penukaran status tersebut amat luar biasa dan memeranjatkan.
“Ianya seperti selepas menang membida Proton Saga, anda menukarkannya menjadi Mercedez-Benz. Adakah ini adil untuk rakyat Pulau Pinang?” tanyanya.Katanya lagi, urusniaga tanah itu telah memberi kesan kepada rakyat Pulau Pinang, terutama sekali golongan miskin bandar yang telah dinafikan rumah kos rendah di bandar.
Dalam laporan mereka, H’ng dan beberapa orang yang lain mendakwa terdapat banyak elemen penipuan dalam urusniaga tanah Taman Manggi dan menggesa polis mengadakan siasatan rapi ke atas isu berkenaan.
Pokok pangkalnya, dalam isu yang berkaitan dengan Si Guan Eng ni, dia bukan sahaja terpalit dengan skandal pembelian rumah mewah dibawah harga pasaran sewaktu menjadi Ketua Menteri.
Tetapi dia juga turut didakwa terlibat dalam kontroversi pemindahan status tanah untuk mendapatkan keuntungan yang lebih tinggi dan dalam masa yang sama mengabaikan kepentingan rakyat.
Seandainya ada orang kata yang Si Guan Eng ni seorang pemimpin yang bijak, maka inilah waktunya untuk kita mengakui kebijaksanaan Si Ketua Menteri Pulau Pinang tu. Tapi, bukan la bijak membantu rakyat. Sebaliknya, dia BIJAK MENIPU!!!
0 comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.