Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PELIWAT TERIMA PELAWAT "THREE SIXTY"!!!

SEMUT HITAM
PELIWAT TERIMA PELAWAT "THREE SIXTY"!!!
Fuh!!! Ni dah kira habis 'Tonggang Terbalik' ni. Sampai tahap 360 dibuatnya. Mujur la bukan 360 darjah. Kalau tidak, memang sah dah tonggang tertonggeng dikerjakan dek Si Ketua Penipu tu.

Dengar katanya, selama Si Ketua Penipu tu meringkuk kat dalam penjara, dia telah diberikan kebenaran untuk mengadakan pertemuan dan perjumpaan bersama pelbagai pihak.

Dan adalah dilaporkan bahawa jumlah keseluruhan pelawat yang diterima oleh Si Ketua Penipu tu sepanjang lebih dari dari 365 hari adalah seramai 360 orang. Diulangi, TIGA RATUS ENAM PULUH!!!
KUALA LUMPUR- Datuk Seri Anwar Ibrahim telah dibenarkan mengadakan 360 perjumpaan dengan pelbagai pihak sehingga 13 Mac, sejak menjalani hukuman penjara di Penjara Sungai Buloh pada Februari 2015.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika menggulung perbahasan titah ucapan Yang di-Pertuan Agong, pada persidangan Dewan Rakyat hari ini, berkata sebanyak 152 perjumpaan yang melibatkan tujuan rawatan kesihatan telah diadakan di Penjara Sungai Buloh.

Sembilan lagi rawatan telah dibuat di Hospital Kuala Lumpur.


Anwar juga dibenarkan mengadakan perjumpaan dengan keluarganya sebanyak 19 kali di penjara dan 13 kali di hospital, 18 perjumpaan dengan peguam serta 33 dengan pakar psikologi.
Kalau nak dikirakan secara purata, boleh dikatakan bahawa Si Ketua Peipu tu telah menerima pelawat seramai sorang sehari! Mana ada banduan lain dapat keistimewaan sedemikian rupa.

Itu pun masih lagi puak - puak Pakatan Haprak dari kalangan PKR tu nak buat dakwaan kononnya Si Ketua Penipu tu telah dizalimi sepanjang dia duduk meringkuk kat dalam penjara?

Pun masih lagi peguam Si Ketua Penipu tu nak mempertikaikan tindakan yang diambil oleh pihak Jabatan Penjara untuk menghadkan perjumpaan dan pertemuan yang diberikan sebelum ini?

Apa yang jelas, keistimewaan yang diterima oleh Si Ketua Penipu tu sepanjang dia menjalani hukuman adalah cukup 'Luar Biasa' dan membuktikan bahawa dia bukan sekadar seorang banduan biasa. Itu pun masih lagi diorang nak anggap dia sebagai seorang Tahanan Politik!!!

PS: Mujur la yang datang berjumpa dengan Si Ketua Penipu tu dipanggil 'Pelawat'. Kalau diorang digelarkan sebagai 'Peliwat', haru juga dibuatnya!!! Hehehe...

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.