Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PR1MA PAHANG BOLEH BIKIN GUAN ENG SAWAN!!!

SEMUT HITAM
PR1MA PAHANG BOLEH BIKIN GUAN ENG SAWAN!!!
YAB Perdana Menteri bersama YAB Menteri Besar Pahang melihat model rumah PR1MA Pahang sewaktu Majlis Penyerahan Kunci kepada pemilik hari ini.
Sama ada ianya satu kebetulan atau pun tidak, kita pun tak pasti. Tapi apa yang jelas, isu rumah ni dah jadi satu isu yang mampu membuatkan Si Guan Eng tu meroyan macam orang hilang akal.

Agaknya kalau sebut 'Rumah' depan Si Guan Eng ni, mau sawan dia dibuatnya. Nak pulak bila isu pembelian rumah murah dari harga pasaran tu sedang hangat diperkatakan ketika ini.

Tapi yang kita nak cerita ni bukan pasal isu pembelian rumah murah dari harga pasaran tu. Sebaliknya kita nak cerita mengenai isu rumah mampu milik yang disediakan kepada rakyat.

Dengar kata, takrifan "Rumah Mampu Milik" di Pulau Pinang ni dianggarkan bernilai sebanyak RM 400 RIBU sebuah. Macam mana la gayanya rumah mampu milik dengan harga tu ek?

Dan persoalan yang paling utama, siapa yang mampu beli rumah dengan harga seperti itu? Ada ke orang Melayu di Pulau Pinang yang 'Mampu' memiliki rumah tersebut dengan harga sedemikian rupa?

Itu kita tak pasti la pulak. Yang itu, kena tanya pada orang di Pulau Pinang. Tapi keadaan berbeza di Pahang dimana harga 'Rumah Mampu Milik' ni bernilai sebanyak RM 150 ribu sebuah.

Kalau ikut Akujanji Pilihan Raya atau Manifesto Barisan Nasional sewaktu PRU yang lalu, Kerajaan Negeri berjanji untuk membina sebanyak 15 ribu buah unit rumah sahaja dalam tempoh 5 tahun.

Tapi, sejak dari tahun 2013 sehingga ke hari ini, jumlah rumah mampu milik yang juga dikenali dengan nama Projek Perumahan Rakyat 1Malaysia Pahang (PR1MA Pahang) tu adalah sebanyak 30 RIBU!!!
Wajah Gembira salah seorang dari 30 ribu pemilik Rumah PR1MA Pahang menerima kunci dari YAB Perdana Menteri sambil diperhatikan oleh YAB Menteri Besar Pahang, Dato' Sri DiRaja Haji Adnan bin Haji Yaakob
Kiranya dua kali ganda dari apa yang telah dijanjikan dalam Manifesto Barisan Nasional Pahang sebelum ini. Sekaligus ianya boleh dianggap sebagai satu kejayaan yang cukup besar.

Maka timbul satu persoalan bagi sesetengah pihak. Berapa pulak jumlah 'Rumah Mampu Milik' yang telah dibina oleh Si Guan Eng tu sejak dia menjadi pemerintah Rejim di Pulau Pinang? Kalau dia boleh beli rumah dengan harga yang lebih murah dari harga pasaran, takkan dia tak boleh buat benda yang sama untuk rakyat!!!

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.