Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RAFIZI BILA DIDESAK, DIA BUAT TAK PEDULI JE!!!

SEMUT HITAM
RAFIZI BILA DIDESAK, DIA BUAT TAK PEDULI JE!!!
Sebenarnya, kalau kita perhatikan dunia politik, kita boleh tergelak sakan kerana drama-drama lucu yang dimainkan, dilakonkan dan dilayarkan oleh pelakon-pelakonnya yang kita gelarkan sebagai ahli-ahli politik.

Rafizi Ramli dua hari lepas, memujuk Ahli-Ahli Parlimen BN agar bersama-sama dengan Ahli-Ahli Parlimen pembangkang bersatu hati dalam usul undi tidak percaya kepada Najib Abdul Razak bagi memastikan Najib Abdul Razak meletak jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Dr. Mahathir, Muhyiddin dan Mukhriz juga bercakap dan mendesak agar Najib letak jawatan demi menyelamatkan UMNO dan BN, kata mereka. Lim Kit Siang, Wan Azizah, Anwar Ibrahim dan para pemimpin pembangkang juga sama.

Tetapi Rafizi Ramli tidak pernah membayangkan atau memberanikan diri untuk meletak jawatan selepas dia kantoi menipu dalam banyak isu termasuklah menipu para pengundi konstituensinya iaitu Parlimen Pandan dengan janji-janji kosong, malah langsung tidak menampakkan muka bertemu para pengundi walaupun muka dan beritanya boleh dilihat serta dibaca hampir setiap masa.

(IRONIKnya, dia sibuk dok suruh PM dedahkan maklumat mengenai Dana 2.6 billion yang didakwa diambil dari 1MDB. Tapi, bila orang desak dia suruh dedahkan duit Tabung Haji dia, tak nak pulak dia buat.)

Dr. Mahathir juga tidak meletakkan jawatan pada ketika jutaan orang berarak dan berdemonstrasi (tahun 1998) sehinggakan dia terpaksa mengadakan AKUJANJI dengan Suqui dan Dong Zhong pada 1999 yang mengukuhkan sekolah-sekolah vernakular sampai ke hari ini sekaligus merugikan Falsafah Pendidikan Negara dan sekolah satu aliran.

Wan Azizah, Lim Kit Siang, malah Mukhriz Mahathir yang lebih banyak masanya menjadi Menteri Besar Firefly berbanding Menteri Besar Kedah, turut enggan meletak jawatan walaupun akhirnya terpaksa juga berbuat begitu kerana tidak mampu menahan tekanan dan penarikan kembali perlantikannya oleh Presiden parti yang telah melantiknya sebelum itu.

Kesemua mereka mempunyai persamaan, enggan meletak jawatan walaupun sudah menjadi fosil dinosaur seperti Lim Kit Siang. Anehnya, mereka ini giat menyuruh orang lain meletak jawatan sepertimana yang mereka lakukan ke atas Najib Abdul Razak.

Sepatutnya kesemua mereka meletak jawatan bagi membolehkan mereka yang benar-benar ambil tahu hal rakyat yang berada di Parlimen dan DUN, bukannya yang terlalu sibuk menonjolkan diri untuk berebut kuasa. - Nukilan TheFlyingKick

(Kesimpulannya, Ahli Politik ni semuanya sama je. Yang membezakan mereka adalah diantara MUNAFIK dan yang benar - benar menjalankan tugas je.)

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.