Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

[SELEWENG RM100JUTA DI KBS] PERKASA: Menteri, Khairy Jamaluddin HARUS BERTANGGUNGJAWAB

CELAH GELEGAR - Mencari Kebenaran Yang Sebenar
[SELEWENG RM100JUTA DI KBS] PERKASA: Menteri, Khairy Jamaluddin HARUS BERTANGGUNGJAWAB

PUTRAJAYA - Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin hari ini mengesahkan individu yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan penyalahgunaan dana RM100 juta adalah pegawai dibawah kementerianya.

Sementara itu Kumpulan pendesak Melayu, PERKASA tidak teragak-agak membidas Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar selepas beliau mengesahkan bahawa pegawai kanan kementerian itu terbabit dengan isu penyelewengan dana kerajaan mencecah lebih RM100 juta.

“Apakah Khairy tidak sedar dalam hal ini? RM100 juta bukan sikit. Kejadian ini telah lama berlaku.

“Khairy mesti menjelaskan hal ini. Ini bukan perkara yang boleh dibuat main,” kata Ketua Wira PERKASA, Irwan Fahmi Ideris dalam satu kenyataan media hari ini.

Beliau juga menyelar kenyataan menteri itu yang memberikan alasan kelemahan teknikal berhubung apa yang berlaku.

Katanya, sepatutnya kelulusan setiap aliran wang yang keluar dan masuk harus diperincikan.

“Inilah yang terjadi akibat mengambil mudah,” katanya.

Khairy pada sidang akhbar hari ini berkata, beliau telah dimaklumkan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) beberapa minggu lalu mengenai siasatan yang sedang dijalankan ke atas pegawai di Kementerian Belia dan Sukan itu.

Media melaporkan suspek yang berusia 56 tahun itu ditahan SPRM di rumahnya di Kajang, Jumaat lalu.

SPRM menyita beberapa barangan mewah termasuk 12 kenderaan antaranya Audi, Mercedes Benz, Nissan GTR dan Toyota Vellfire.

Antara barang mewah lain ialah jam berjenama Richard Mille (RM400,000), 40 beg tangan berjenama termasuk jenama Hermes (RM400,000), set cadar mewah (RM300,000), dan barang kemas termasuk cincin mutiara Cartier bernilai RM600,000.

Barangan yang disita berjumlah RM20 juta, sementara wang di dalam 69 akaun bank berjumlah RM8.33 juta dibekukan.

Lapan kontraktor termasuk seorang wanita ditahan kerana didakwa bersubahat dalam kes itu.

Mengulas lanjut, Fahmi juga menuntut Khairy untuk menjelaskan isu-isu di atas secara terperinci dan menggesa untuk SPRM untuk mendedahkan kepada umum setelah laporan dan siasatan selesai.

“Saya melihat sepanjang Kementerian Belia dan Sukan ditubuhkan ini merupakan isu rasuah paling besar melanda dalam kementerian ini. Jadi saya menggesa agar menteri harus bertanggungjawab dalam hal ini,” katanya.

Menurut Fahmi, negara bukan sahaja terpalit dengan pelbagai isu kewangan yang besar tetapi apa yang berlaku itu memburukkan lagi nama Malaysia.

“Pentadbiran kerajaan semakin merudum. Jika menteri tidak boleh selesaikan kes ini bagaimana kita nak letakkan kepercayaan kepada menteri yang lain?

“Bau bangkai yang telah lama busuk kalau ditanam pun binatang boleh hidu inikan isu ketirisan wang yang besar. Ingat amanah yang dipikul harus kita tanggung dan kita jawab kelak,” katanya.




0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.