Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SKANDAL RASUAH GUAN ENG TERDEDAH DALAM PARLIMEN!!!

SEMUT HITAM
SKANDAL RASUAH GUAN ENG TERDEDAH DALAM PARLIMEN!!!
Ahli Parlimen BN Tasek Gelugor, Datuk Shabuddin Yahaya membangkitkan semula isu dakwaan rasuah membabitkan pemimpin DAP, Lim Guan Eng dalam pembelian rumah dan projek hartanah.

Pendedahan kembali skandal itu bagi pembinaan hospital swasta dan hotel mewah suite yang sepatutnya untuk dibangunkan sebuah projek perumahan kos rendah mencetuskan kekecohan di Dewan Rakyat pada Khamis.

Katanya, sewaan yang diberikan kepada Guan Eng setiap bulan sebanyak RM5,000 bagi sebuah rumah adalah terlalu rendah jika dibandingkan dengan harga rumah tersebut yang melebihi RM5 juta termasuk kos renovasi.

Rumah berkenaan yang asalnya dimiliki oleh Phang Li Koon dan kemudian bertindak menjual kediaman tersebut kepada Ketua Menteri Pulau Pinang itu hanya pada harga RM2.8 juta sahaja – separuh daripada harga pasaran.

Pendedahan dibuat ketika membahas usul titah Yang di Pertuan Agong di Dewan Rakyat telah menimbulkan kekecohan apabila wakil pembangkang terutama dari DAP Pulau Pinang mula bertikam lidah dengan Shabudin.

Pemimpin veteran UMNO tersebut bagaimanapun berterusan mendedahkan lebih banyak lagi bukti-bukti transaksi penyelewengan jual beli hartanah yang langsung dapat mengaitkan Guan Eng terus dengan kes rasuah.

Pembangkang yang ternyata amat malu besar juga berhujah isu panas berkenaan konon sepatutnya dibahaskan hanya dalam persidangan di Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang dan bukan di Dewan Rakyat secara terbuka.

Timbalan Speaker, Datuk Ismail Mohamed Said enggan menerima bantahan dengan alasan pembangkang pun dibenarkan buat tuduhan terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak walaupun Perdana Menteri tiada di parlimen.

Berikutan itu, Shabuddin yang meneruskan hujahnya menggesa Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta Kementerian Kewangan menyatakan kadar nilaian sebenar harga rumah berkenaan dari 2008 hingga 2015.
“Saya ingin juga ingin memohon pihak SPRM menyatakan laporan status kes ini terus disiasat terutamanya salah guna kuasa YB Bagan yang sewenang-wenangnya buat pertukaran syarat tanah dan penambahan plot ratio 7 : 1.“Ini dibuat bagi membolehkan pembinaan hotel setinggi 19 tingkat tanpa membuka tender semula dan anehnya mengekalkan syarikat yang sama dengan jumlah tender yang sama, sedangkan perkara yang lain sudah berubah.“Ini jelas tidak adil kepada syarikat-syarikat lain yang menyertai tender itu sejak dari awal lagi,” katanya sambil menuntut pihak Kementerian Kewangan menjelaskan kadar sewa semasa mengikut tahun yang berkenaan.
Sehubungan itu pada sidang media selepas perbahasan, Shabuddin menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) agar segera ambil tindakan dengan melakukan siasatan ke atas pendedahan skandal tersebut.

PS: Kiranya, tak MAKSUM jugak la Si Tokong DAPigs ni rupanya. Hidup banyak diselubungi TAIK, tapi nak mengaku diri dia Alim!!! Ini baru betul - betul perangai macam YAHUDI!!!

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.