Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tan Sri Irwan Siregar "TIDAK TAHU' dilantik gabenor Bank Negara

CELAH GELEGAR - Mencari Kebenaran Yang Sebenar
Tan Sri Irwan Siregar "TIDAK TAHU' dilantik gabenor Bank Negara

Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Seri Irwan Serigar menegaskan tidak tahu menahu berhubung pelantikannya sebagai gabenor Bank Negara yang baharu menggantikan Tan Seri Zeti  Akhtar Aziz seperti dilaporkan The Wall Street Journal (WSJ).

Irwan bagaimanapun tidak menafikan laporan itu tetapi hanya berulang kali menyatakan tidak tahu apabila disoal mengenai laporan tersebut.

"Saya tidak tahu," katanya melalui aplikasi WhatsApp kepada The Malaysian Insider.


Apabila ditanya adakah ini bermakna beliau menafikan laporan WSJ, Irwan tetap mengatakan beliau tidak tahu. 

"Bila saya kata saya tidak tahu, maksudnya saya tidak tahu," katanya.

WSJ melaporkan hari ini mendedahkan Putrajaya bakal melantik Irwan sebagai gabenor Bank Negara baharu walaupun bank pusat itu berusaha menamakan calon dalamannya.

Akhbar harian kewangan Amerika Syarikat (AS) itu yang memetik sumber sebagai berkata, Putrajaya akan menamakan Irwan sebagai gabenor Bank Negara baharu minggu depan.

Penggal perkhidmatan Zeti berakhir pada April dan semalam beliau berkata, Bank Negara sudah mengemukakan nama penggantinya.

Irwan menyertai Kementerian Kewangan pada 2003 dan merupakan ahli lembaga Bank Negara.

Menurut laporan WSJ , jika Irwan dilantik, ia "mungkin satu tamparan kepada usaha Zeti" untuk mengisi jawatan itu dengan calon dalaman.

Pelantikan pengganti Zeti sebagai gabenor Bank Negara menarik perhatian ramai terutamanya pembangkang yang mendesak pengganti perlulah calon bebas daripada Kabinet dan juga petadbiran negara.

Pengkritik bimbang insiden seperti peguam negara mengesahkan tiada bukti mencukupi mendakwa Datuk Seri Najib Razak dalam kes derma RM2.6 bilion dan SRC International Sdn Bhd meskipun Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata sebaliknya berulang.

Selain Irwan antara nama yang disebut- sebut bakal menggantikan Zeti ialah Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Wahid Omar dan Timbalan Gabenor Bank Negara Datuk Mohamed Ibrahim.

WSJ kali pertama kali mendedahkan pada Julai lalu sebanyak AS$681 juta (RM2.6 bilion) dimasukkan ke dalam akaun peribadi Najib dan berkata, dana itu datang daripada 1MDB.

Sebanyak RM42 juta lagi daripada SRC International Sdn Bhd juga dipindahkan ke dalam akaun Najib.

Penyiasat di sekurang-kurangnya 5 negara termasuk AS, menyiasat berbilion-bilion yang hilang daripada 1MDB.

"Bank Negara menjadi antara agensi paling agresif menyiasat dakwaan terhadap dana itu, yang 100% dimiliki kementerian," kata WSJ.

Pada Januari, peguam negara berkata tidak terdapat "bukti mencukupi" untuk mendakwa Najib dengan perbuatan salah laku jenayah berhubung dana RM2.6 bilion, yang mana Tan Sri Mohamed Apandi Ali berkata ia sumbangan daripada keluarga diraja Arab Saudi. – 12 Mac, 2016. TMI

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.