Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tengku Razaleigh konsisten dengan pendirian terhadap negara

.
Tengku Razaleigh konsisten dengan pendirian terhadap negara
KENYATAAN

Tengku Razaleigh Hamzah hari ini telah mengeluarkan kenyataan akhbar untuk menjawab tuduhan mengatakan beliau telah melarikan diri daripada berusaha untuk menggugurkan Najib Razak bagi menyelamatkan Malaysia.

Menurutnya dalam kenyataan itu beliau masih konsisten dengan pendiriannya bahawa pentadbiran negara perlu diubah dan diatasi segera untuk menyelamatkan rakyat. Katanya sekiranya sistem mengurus negara seperti yang ada hari ini tidak diubah ia membebankan rakyat.

"Saya yakin tiada siapa yang dapat menuduh saya tidak konsisten berkenaan pendirian saya terhadap tatacara pemerintahan negara, tanggungjawab awam dan perlunya perubahan", tegasnya.

Kenyakinan itu katanya kerana itulah intipati perjuangnya di peringkat kebangsaan serta dalam
Umno sejak tahun 1987. "Saya konsisten dalam perkara ini selama ini dan saya akan terus konsisten di hari muka", tegasnya lagi.

Dua hari kepas Dr Mahathir Mohamad mengatakan Tengku Razaleigh berubah daripada menyokongnya untuk menyingkir Najib kerana tidak yakin Najib dapat disingkirkan dalam parlimen. Kenyataan Dr Mahathir itu memberi gambaran Tengku Razaleigh seorang yang tidak konsisten. Sebelum itu Tengku Razaleigh juga telah menanda tangani deklarasi menyokong Najib bersama Umno Kelantan.

Tindakan Tengku Razaleigh itu dilihat dan diterjemahkan satu perubahan sikap beliau.

Beikut adalah kenyataan penuhnya.

KENYATAAN AKHBAR
MENCETUS PERUBAHAN

Negara kita kini sedang mengalami krisis genting mengenai pemerintahan dan kepimpinan. Ini menyebabkan kita mengalami masalah ekonomi yang dahsyat terutamanya berkaitan dengan isu hutang negara. Ia mengakibatkan beberapa masalah ekonomi serius seperti kenaikan mendadak kos sara hidup yang membawa kesan buruk kepada rakyat. 

Selama ini saya sering berpendapat dan mengingatkan sekiranya kita tidak tukar cara berpolitik dan perisian dasar ekonomi, kita akan menghadapi krisis seperti yang berlaku sekarang ini. Saya mengingatkan perkara ini di Parlimen dan juga dalam beberapa ucapan saya. Saya konsisten dan berkali-kali menyatakan bahawa kita pasti tidak dapat mengelak perubahan. 

Tanpa perubahan dalam tatacara pemerintahan negara dan cara kita melaksanakan tugas dan tanggungjawab awam, tidak mungkin kita dapat selesaikan masalah yang dihadapi itu.

2. Saya yakin tiada siapa yang dapat menuduh saya tidak konsisten berkenaan pendirian saya terhadap tatacara pemerintahan negara, tanggungjawab awam dan perlunya perubahan. Inilah intipati perjuangan saya di peringkat kebangsaan serta dalam Umno sejak tahun 1987. Saya konsisten dalam perkara ini selama ini dan saya akan terus konsisten di hari muka. Kebelakangan ini, desakan untuk perubahan semakin lantang. Seperti juga orang lain yang inginkan perubahan, saya juga sentiasa mencari jalan munasabah dan sah dari segi undang-undang untuk maksud ini, termasuklah meneliti peranan yang boleh dimainkan oleh Dewan Rakyat.

3. Bagi maksud ini dan sebagai pengamal politik, saya bertindak berlandaskan Perlembagaan Persekutuan dan kehendak parti. Yang demikian isu menyokong kerajaan yang memerintah dan sekaligus memberi sokongan kepada ketua kerajaan tidak timbul.

4. Dalam usaha untuk memberi sumbangan berguna dan berfaedah, saya amat peka dan sedar akan masalah yang dihadapi negara dan keadaan kita yang genting; umpamanya masalah berkaitan dengan hutang negara serta akibatnya, terutamanya kesan terhadap kehidupan seharian rakyat jelata. Dalam ucapan saya di Parlimen dan surat saya kepada Ahli-Ahli Parlimen, saya telah mengingatkan akan kesan yang kita rasai sekiranya hutang negara ini tidak ditangani dan diurus dengan penuh tanggungjawab.

Maka itu setiap pengamal politik dan Ahli Parlimen berkewajipan untuk tidak mendewa-dewakan orang perseorangan dan bermain politik dalam usaha dalam menangani perubahan yang diperlukan itu.

5. Izinkan saya mengulangi bahawa masalah yang kita hadapi ini meninggalkan kesan negatif terhadap ekonomi kita dan kedudukan antarabangsa negara. Oleh itu kita
hendaklah bijak menyelesainya dalam masa terdekat.

Tengku Razaleigh Hamzah
Ahli Parlimen Gua Musang
Kuala Lumpur,
28 Mac 2016 bersamaan
19 Jamadil Akhir 1437H [wm.kl.6:41 pm 20/03/16]

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.