CELAH GELEGAR - Mencari Kebenaran Yang Sebenar
Tun M BANTAI Pemakan Dedak: DIKTATOR Mana Letak Jawatan
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menempelak pemakan dedak yang menuduh beliau sebagai diktator.
Tun Mahathir berkata dirinya sedia berundur manakala diktator lain kekal berkuasa sehingga mereka nafas terakhir - sama ada dibunuh atau membunuh diri.
“Saya amat kecewa apabila dengar suara halus bisik pada saya kata awak sudah tua bagi peluang kepada orang muda, dah 22 tahun jadi perdana menterti nak jadi sampai bila.
“Saya pun menyahut desakan itu dan saya letak jawatan,” kata Tun Mahathir di Padang Pandan Indah, malam semalam.
Tun Mahathir kemudiannya secara berseloroh menyoal hadirinnya sama ada mereka mengetahui mana-mana diktator yang melepaskan jawatan mereka tanpa sebarang desakan atau paksaan.
“Kononya saya diktator, diktator mana letak jawatan?
“(Pemimpin politik Jerman, Aldof) Hitler ada letak jawatan? Dia bunuh diri.
“ (Pemimpin Itali, Benito) Mussolini digantung,, (pemimpin Soviet Union, Joseph) Stalin matilah.
“Tapi saya letak jawatan untuk memberi peluang kepada pemimpin lain dengan harapan mereka akan cekap membangunkan negara. Malangnya ini tidak berlaku, terutamanya di waktu ini,” katanya.
Bekas Perdana Menteri itu dan isterinya Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali muncul sebagai tetamu di perhimpunan ‘Selamakan Malaysia’ anjuran Pakatan Harapan.
Tun Mahathir menerima sambutan hangat oleh orang ramai semasa ceramah 40 minitnya itu.
“Kenapa kita ada di sini begitu ramai, sebab kita menhadapi masalah, kerana negara kita tidak lagi ditadbir dengan baik.
“Peminpin lebih suka hidup mewah dan membelanjakan wang bukan sendiri, kononya Pak Arab bagi. Mereka (Arab) begitu sayang bagi dia (Najib) RM2.6 bilion,” kata Mahathir dan disambut gelak ketawa daripada orang ramai.
“Saya dulu dapat duit juga tak banyaklah, tapi saya masuk dalam akaun pemegang amanah Umno sebab itu selepas saya berhenti saya serah kepada Pak Lah (Tun Abdullah Ahmad Badawi) wang tunai RM230 juta,” katanya.
0 comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.