Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Adun Tanjung Bunga Digesa Letak Jawatan oleh Penyokong DAP sendiri

CELAH GELEGAR - Mencari Kebenaran Yang Sebenar
Adun Tanjung Bunga Digesa Letak Jawatan oleh Penyokong DAP sendiri

PETALING JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) DAP Tanjung Bunga, Teh Yee Cheu digesa untuk meninggalkan kerusinya berikutan percubaan untuk mengehadkan jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang kepada dua penggal.
Teh turut didesak penyokong setia DAP untuk meletak jawatan daripada parti kerana dikatakan telah dipergunakan oleh Umno.
Perkara tersebut didedahkan pembantu Teh, Carolyn Khor dalam surat terbuka yang ditulis untuk mempertahankan bosnya itu.
Teh telah mengemukakan usul mencadangkan kajian itu menjelang persidangan Dewan Undangan Negeri itu pada bulan depan untuk mengehadkan jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang kepada dua penggal.
Khor mengkritik desakan peletakan jawatan itu dengan berkata ia bertentangan dengan prinsip keadilan, kesaksamaan dan kebebasan bersuara memandangkan Teh telah dipilih oleh rakyat.
Beliau berkata jika perbezaan pendapat tidak dibenarkan maka kepimpinan DAP Pulau Pinang tiada bezanya dengan  Barisan Nasional.
"Kita perlu menyelamatkan Pulau Pinang daripada genggaman pemimpin autokratik yang tidak lagi dapat membezakan antara yang betul dan salah," kata Khor yang juga Ketua Komunikasi Wanita PKR.
Pada Rabu, Kelab Veteran Bukit Mertajam turut mengadakan sidang media membidas tindakan Teh.
Khor berkata Ketua Menteri Lim Guan Eng sepatutnya memanfaatkan cadangan untuk memulihkan semula popularitinya di kalangan rakyat Pulau Pinang yang semakin merosot susulan publisiti buruk dikaitkan dengan dirinya baru-baru ini.
Katanya, Guan Eng juga sepatutnya tidak berasa tergugat dengan cadangan itu.
Tindakan Teh disuarakan pada waktu yang tidak sesuai bagi Guan Eng yang terpalit dengan kontroversi pembelian banglo berharga RM2.8 juta.

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.