CELAH GELEGAR - Mencari Kebenaran Yang Sebenar
[BUKAN REKAAN BARU?]Tudung eksklusif sudah dijual empat tahun lalu?
Sebuah syarikat tudung eksklusif terkenal dikatakan telah menjual rekaan yang pernah beredar di pasaran sejak beberapa tahun lalu.
Malah, produk syarikat yang mencatat jualan amat laris itu dikatakan mempunyai persamaan dengan reka bentuk pihak lain.
Hari ini, menerusi ruangan Facebook, seorang pengguna akaun bernama Aqilah Amin memuat naik status mengenai rekaan itu.
“Babe @nurshafinazm, kamu ingat tiga atau empat tahun dulu saya ada membeli tudung di Vincci? Mungkin boleh selongkar semula almari dan cari semula tudung ni? Haha,” tulisnya.
Komennya kini mula dikongsi dengan meluas dalam sekelip mata.
Semakan Malaysiakini mendapati rata-rata komen menunjukkan reaksi terkejut kerana tidak menyangka tudung yang dikatakan eksklusif, terhad dan tidak dijual di tempat lain didakwa sebaliknya.
Sementara itu, seorang pengguna Instagram Adieba Zihan pula mendakwa pernah membeli rekaan sama tetapi pada harga jauh lebih rendah.
“Baru perasan koleksi terbaru tudung ni sama dengan yang dibeli dua tahun lepas. Ini bermakna koleksi itu bukanlah terbaru.
“Tetapi yang penting, saya beli tiga, empat kali ganda lebih murah,” ujarnya.
Harga jualan tudung di butik eksklusif itu dijual bermula dengan harga lebih RM100 sehelai.
Terdapat juga pengguna Internet menyifatkan syarikat itu sudah “kantoi” dan justeru pemiliknya tidak harus sombong dan berlagak.
Menerusi semakan didapati sekurang-kurangnya, empat corak rekaan tudung itu yang didakwa mempunyai padanan sama dengan tudung lain.
Untuk satu rekaan mempunyai dua warna.
Rekaan pertama bertanahkan hitam dihiasi corak berbentuk hati yang berwarna merah jambu dan satu lagi putih.
Kedua, bertanahkan merah jambu atau putih, dipenuhi polka dot dan dihiasi riben berwarna putih atau oren.
Malaysiakini sedang cuba mendapatkan reaksi pemilik syarikat itu yang kini difahamkan sedang berada di luar negara. - MK
1 comments:
Topbet99.com - Website Agen Judi Bola Euro 2016
Dapatkan Promo Khusus Newmember Sebesar 50% Untuk Permainan Sportbook
Dengan 1 User Id Anda Dapat Bermain 3 Game Sekaligus Bola, Casino dan Game Slot
Segera Daftar dan Menang Bersama Kami Topbet99.com
Contact Us:
Pin BB: 2BDDF08C
Wechat : Topbet99
WhatsApp : +855 8767 3388
Hp : +62 8131 540 5121
Yahoo : cs_topbet99
Register: http://topbet99.com/registration.aspx
bandar bola online
judi casino terpercaya
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.