Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Demo hari ini adalah suara rakyat marhaen

.
Demo hari ini adalah suara rakyat marhaen
PROLOG MALAM

Perasaan terharu dan kagum bersekang di dada dengan para demonstran bantah GST dan minta Najib berundur yang diadakan hari ini. Bergenang air mata dan dada menjadi panas apabila melihat foto-foto di wall Fb rakan. Rasa bersalah dan berdosa menyumbat ke jiwa kerana tidak dapat hadir.

Gambar dengan berbagai aksi, cerita dan penuh bersemangat. Mereka semua nekad dan tidak pernah berputus asas memperjuangkan nasib mereka dan rakyat marhain. Mereka mahu supaya Najib Razak yang menganugerahkan masalah kepada mereka berundur dengan segera.

Kerana sesuatu saya tidak dapat hadir. Mis kali ini, tetapi InsyaAllah dilain kali. Mereka yang hadir adalah mewakili saya dan mereka yang tidak dapat hadir kerana terhalang dengan berbagai-bagai masalah dan kengkangan.

Jangan risau kalau pun jumlahnya tidak mencecah puluhan ribu seperti selalu. Demo itu tetap berjaya dan dipantau. Percaya dan yakinlah rakyat marhain, penoreh getah, pemandu teksi, nelayan, penjual kueh, pengayuh beca, peneroka, penganggur, para pensiun dan semua masih bersama anda.

Mereka berpadu dalam wadah media baharu. Mereka berwhatsaap sesama grup, mereka menuturkan apa yang sedang berlaku kini. Kepanasan hawa menimpa negara hari ini adalah kemarahan rakyat kepada pendosa celaka.

Mereka semua, rakuat marhaen menghantar doa dan harapan agar masalah dan kesangsaraan rakyat terlesai. Dan mereka juga bersedia bersama anda semua agar Najib cepat TURUN. Mereka semua hadir dengan penuh keikhlasan tidak diupah, bahkan sedia menanggung risiko tindakan aparat.

Mereka sanggup datang ratusan batu dari Timur, Utara, Selatan, hanya untuk menyatakan perasaan mereka yang tidak berpuas hati dengan kerajaan. Dan selepas berjumpa rakan dan rakyat marhaen lain merea berlalu pulang ke kampung halaman dan akan bertemu lagi pada waktu lain, bila diadakan demostrasi.

Mereka adalah pemberani yang tidak akan menikus dan mendiamkan diri. Mereka akan terus lawan dan lawan, lawan sampai menang seperti mana dianjurkan oleh tokoh mereka.

Bayangkan betapa bersungguh dan komitednya mereka untuk membela nasib mereka sendiri dan seluruh marhaen yang tertindas oleh sang diktator politik. Syabas dari saya yang tercicir memungut pahala di Dataran Merdeka hari ini. Perjuangan anda akan dikenang dan dirahmati. Trims. [wm.kl.9:22 pm 02/04/16

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.