Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KHALID SAMAD NI DAH "LALOK" KE???

SEMUT HITAM
KHALID SAMAD NI DAH "LALOK" KE???
Ianya memang satu perkara yang tak perlu untuk kita pertikaikan lagi. Semenjak dia duduk dalam PAS pun, Si Khalid Samad ni jenis manusia yang memang Tak Sedar diri. Mudah hilang ingatan.

Orang macam dia ni lebih teruk dari Kacang Lupakan Kulit sebab dia kerap kali tidak berpijak diatas bumi yang nyata. Nak kata dia Mabuk Ketum kang, takut ada pulak yang berguling atas jalan raya.

Tapi, memang itulah sifat peribadi Si Khalid Samad ni. Dia mudah lupa siapa yang pernah bantu dia naik dan menjadi seperti dia hari ini. Dia lupa yang dia hanya sekadar menipu diri dia sendiri.

Kalau sehari Si Khalid Samad ni tak MENIPU, memang tak sah rutin harian dia gamaknya. Macam mana dia buat perkiraan pun kita tak pasti. Mungkin dia kira masa dia tengah 'Lalok' kot.

Maka sebab itulah Si Khalid Samad tu kata, perhimpunan yang dianjurkan baru - baru ini dianggap "Berjaya". Dari sudut mana definasi "Berjaya" yang cuba disampaikan tu, kita tak pasti la pulak.
Mana datang 10 Ribu Orang ni Khalid Oi!!!
Kalau ikut kata Si Khalid Samad, kehadiran peserta dalam perhimpunan baru - baru ini mencecah angka sehingga 10 ribu. Diulangi, Khalid Samad kata, kehadiran seramai Sepuluh Ribu!!!

“Saya rasa program semalam membuktikan bahawa dakwaan kita tidak mampu kerahkan rakyat ke jalan raya adalah salah. Kita lihat kemuncaknya memang penuh di jalan raya dan kawasan di Dataran Merdeka.“Saya tidak mengetahui anggaran, tetapi bagi saya lebih daripada 10,000 peserta dari awal hingga akhir himpunan itu,” katanya pada sidang media di Wisma AMANAH di Jalan Ipoh, di sini.
Itu sahaja dah cukup untuk membuktikan bahawa Si Khalid Samad ni seorang yang suka MENIPU sedangkan laporan dalam media pun hanya menyebut kehadiran setakat 3 ribu sahaja.

Itu pun sebenarnya tak sampai pun tiga ribu. Yang ramai pun bukan dari kalangan penyokong Pakatan Haprak tu. Tapi pengamal media yang berpusu - pusu nak buat liputan eksklusif.

Pun Si Khalid Samad tu masih jugak nak menegakkan benang yang basah dengan menganggap perhimpunan itu 'Berjaya'. Mungkin 'Berjaya' dari sudut dia MENIPU diri sendiri kot.

Mungkin la Si Khalid Samad tu kutip anggaran 10 ribu tu dari semua sudut kot. 3 ribu manusia, dan baki 7 ribu selebihnya tu terdiri dari kalangan lipas, lalat dan langau yang ada sepanjang mereka berhimpun di Dataran Merdeka. Itu je yang 'Berjaya' dikumpul oleh Si Khalid Samad!!!

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.