Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KU LI BAKAL PM?

CELAH GELEGAR - Mencari Kebenaran Yang Sebenar
KU LI BAKAL PM?

Alkisah maka terkejutlah semua makhluk yang boleh berfikir secara rasional kononnya Ku Li sudah "U turn" dari duduk semeja dengan Tun M untuk ahlan wasahlan dengan Najib yang mendapat gelaran dari masyarakat dunia sebagai "koruptor" nombor wahid. 

Jawapan Ku Li mudah. Dia ahli UMNO, Tun M bukan ahli UMNO. Jadi dia memberi taat setia kepada Najib.

Najib tahu bala skandal 1MDB tidak boleh diselamatkan oleh kenduri tolak bala dengan mengorbankan 10 ekar kerbau dara.

Dia perlu mencari juru selamat.

Marcos pernah diusir rakyat Filipina dan dia menikmati sia-sia hidupnya dengan kekayaan haram yang diperolehinya. Yang penting dia tidak diheret ke mahkamah dan merengkuk dalam penjara.

Soalnya siapakah pemimpin yang berani memberi jalan selamat kepada Najib dan keluarga tanpa tindakan mahkamah? 

Ku Li atau Zahid? 

Perlu ingat skandal 1MDB bersifat global. 

Ini bukan kes curi ayam itik, kerbau lembu dalam negara. Ini kes bertaraf dunia kerana para penyamunnya juga bertaraf dunia kongkolikongnya. 

Negara-negara yang terlibat seperti US, Swiszerland, Britain, Luzumbourg, Singapura, Hong Kong serta Peranchis tidak akan membiarkan kes "money laundering" dan penyelewengan dana negara dalam 1MDB begitu saja. 

Di Malaysia,Peguam Negara, mantan hakim, mengatakan "no case" terhadap Najib. 

Najib dan keluarganya selamat di sini. 

Tapi apakah negara-negara lain akan tutup fail mengenai skandal 1MDB? No way. 

Ku Li atau Zahid boleh memaafkan Najib dan bini serta ahli keluarganya dari tindakan mahkamah. 

Tapi apakah rakyat yang tertindas akibat korupsi, GST dan penyelewengan Najib boleh memaafkannya? Mahe,nahe..
Burung terbang jangan dipipiskan lada. Belum tentu Ku Li atau Zahid boleh menyelamatkan UMNO/BN pada pru 14 kalau Najib dibebaskan dari tindakan undang-undang. 

Kalian boleh menyelamatkan Najib dan keluarganya tetapi kalian belum tentu boleh menyelamatkan BN kembali berkuasa pada pru 14. 

Jangan terlalu tersilau dengan jawatan PM hingga membuat tindakan politik yang tidak bijaksana menyelamatkan Najib seorang tapi UMNO/BN hilang kuasa.

oleh: Yahaya Ismail

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.