Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

OSTAD KAHLWAT DEDAH PUNCA "DOA LAKNAT" BUAT MAHATHIR!!!

SEMUT HITAM
OSTAD KAHLWAT DEDAH PUNCA "DOA LAKNAT" BUAT MAHATHIR!!!
Astargfirullahalazim!!! Nampak gayanya Si Ostad Khalwat ni bukan sahaja jenis orang yang tak sedar diri. Tapi dia juga dari spesis manusia yang suka menyesatkan orang lain secara terbuka.

Dalam laporan sebelum ini, ternyata dendam kesumat dikalangan puak Pakatan Haprak tu terhadap Tun Mahathir masih lagi belum dapat dipadamkan. Terutama sekali bagi puak PKR ni.


Diorang bukan sahaja terkesan secara lansung terhadap tindakan yang dilakukan oleh Tun Mahathir sewaktu menjadi Perdana Menteri. Malah kebencian mereka terhadap Tun masih membara.

Nak pulak apabila Tun Mahathir mengambil tindakan drastik, memecat dan menggugurkan jawatan Si Ketua Penipu tu sebagai Timbalan Perdana Menteri atas tuduhan Meliwat yang didakwa oleh DAPigs.

Bermula dari episod itulah yang membuatkan puak PKR ni cukup membenci Tun Mahathir sehingga pernah melabelkan Bekas Perdana Menteri itu dengan gelaran 'Maha-Firaun' dan 'Maha-Zalim'.

Dan seperti yang sudah kita maklumkan sebelum ini, tindakan puak PKR tu menerima Tun Mahathir dikalangan mereka hanya sekadar bertujuan untuk memalukan Mantan Perdana Menteri itu secara terbuka.

Maka, untuk menjustifikasikan tindakan Si Ostad Khalwat tu baru - baru ini, dia cuba memberikan penjelasan yang ternyata terlalu JIJIK untuk kita membacanya secara keseluruhan.

Kata Si Ostad Khalwat tu, dia pun berasa hairan kenapa baru sekarang ada dikalangan rakan seperjuangan dia dalam Pakatan yang bangkit mempertikaikan tindakannya membaca doa tersebut.
"Saya tertanya-tanya, kenapa setelah 18 tahun, baru kini doa saya dikritik dan dipertikai oleh teman seperjuangan? Adakah kerana hari ini kita teruja bila dapat bersama sepentas dan berkongsi mikrofon dengan Mahathir? Apakah itu memadam segala kezaliman yang dia lakukan satu masa dahulu?"Kepada yang menegur saya kerana berdoa, anda orang hebat dan berani. Saya kagum. Saya pohon, tegurlah orang yang zalim itu secara berdepan mana tahu teguran anda membuatnya sedar dan segera bertaubat.
"Dalam konteks Mahathir, tegurlah dia mana tahu terbuka hatinya untuk minta maaf pada Anwar, keluarga dan rakyat. Ingat, GST hanyalah satu dari sekian banyak kezaliman yang bermula dari zaman Mahathir."
Nah! Kenyataan itu menegaskan bahawa kehadiran PKR berada sepentas dengan Tun Mahathir bukan hanya sekadar mahu menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib semata - mata.

Tetapi niat mereka adalah untuk MEMALUKAN, MENGAIBKAN dan MEMBOGELKAN kezaliman Tun Mahathir terhadap Si Ketua Penipu tu sebelum ini. Kerana hakikatnya, PKR hanya berjuang demi menjaga kepentingan Si Ketua Penipu tu sahaja!!!

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.