CELAH GELEGAR - Mencari Kebenaran Yang Sebenar
SEBIJAK-BIJAK TUPAI BODOH MELOMPAT AKHIRNYA JATUH KE BUMI JUGA
Tulisan: Yahaya Ismail
Para lanun kelas jerung dan paus yang terlibat dalam skandal 1MDB, dalam dan luar negara, demam tak kebah sekarang.
Seorang lanun kelas paus dari Abu Dhabi sudah ditangkap olej Jabatan Keadilan US yang tidak berkompromi dengan lanun-lanun dunia yang mengamalkan "money laundering", penyelewengan dan penipuan hak dan kepentingan rakyat dan negara di seluruh pelusuk dunia.
Besar kemungkinan anak Rosmah Mansor, dan Djo Low yang banyak membeli kondo, hotel dan hartanah di US juga dalam siasatan pihak US.
Oleh kerana penipuan dan :"money laundering" ini bersifat global pihak US akan bekerjasama dengan berbagai negara seperti Swszerland, Britain, Singapura, Luxunborg, Hong Kong, Australia, Malaysia dan lain-lain lagi bagi menambahkan bukti untuk mengheret para lanun kelas jerung ke mahkamah di US kelak.
Kata AG yang disintuklimau Najib kononnya tidak ada kes yang melibatkan Najib dengan skandal 1MDB serta "derma" yang kini berjumlah RM4 bilion itu.
Perlu diingat menurut fasal 117 M&A 1MDB Najib selaku PM merangkap menteri kewangan merangkap lagi sebagai pengerusi lembaga penasihat 1MDB mempunyai kuasa bertanggungjawab sepenuhnya untuk meluluskan pinjaman bank, projek-projek dan memberi jaminan kerajaan untuk syarikat yang menjadi milik negara ini.
Sekarang Jabatan Keadilan US sudah menangkap salah seorang pak Arab, Al-Hussainey, yang terlibat dalam skandal 1MDB.
Dalam laporan WSJ dan Sarawak Report khasnya jelas menunjukkan Najib terlibat dan menerima wang dari sumber 1MDB. Sampai sekarang Najib tidak berani menyaman WSJ mahu pun Sarawak Report.
Rakyat Malaysia yang tidak makan dedak tapi sangsara akibat GST dan korupsi yang berleluasa dalam negara bersyukur kerana negara-negara asing membantu untuk mengheret para lanun kelas naga, buaya tembaga dan jerung ke mahkamah.
Lagi cepat diheret mereka ke mahkamah lagi baik, dan menerima hukuman yang setimpal dengan dosa mereka.
Malaysia juga mempunyai undang-undang ekstradisi dengan US.
Oleh itu janganlah terkejut beruk kalau ada beberapa orang pemimpin dari Malaysia yang bakal diheret ke US untuk diadili.
Pihak Jabatan Keadilan US mempunyai kuasa mutlak untuk mengheret siapa saja ke pengadilan di US.
Presiden Obama pun tidak punya kuasa untuk mengarahkan Jabatan Keadilan untuk menerima nasihatnya.
Memanglah boleh pemimpin negara bermain golf atau naik kereta bersama Obama menunjukkan "kemesraan" antara mereka.
Tapi kalau Jabatan Keadilan US punya bukti kukuh untuk menangkap siapa saja yang terlibat dalam kes 1MDB maka Obama mungkin berkata " that is your funeral man."
0 comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.