CELAH GELEGAR - Mencari Kebenaran Yang Sebenar
(VIDEO BEREBUT BELI TUDUNG) "Jangan Layan Pembeli Anda Seperti Lembu", Tegur Wardina
Wardina menerusi laman Facebooknya memberi teguran supaya pemilik butik berkenaan tidak merendahkan dan melayan pembeli seperti kambing atau lembu.
"Bismillah. (Baru tengok video viral satu butik tudung) Saya mengharapkan pemilik butik tudung.... janganlah merendahkan dan melayan pembeli anda seperti kambing atau lembu. Manusia selayaknya dilayan seperti manusia. ", tulis beliau.
Selain itu, Wardina juga menasihatkan agar pemilik lebih peka dan menggunakan alternatif untuk memudahkan pembeli sekiranya tahu ada jualan gergasi dan sebagainya.
"Kalau dah tahu akan ada sale gergasi dan sebagainya.. maka guna lah sistem nombor giliran, daftar online, gunalah emel, text dan bermacam-macam sistem lagi zaman serba canggih ni. Tak pun letak lah staff banyak sikit kawal keadaan. Tidaklah ada apa yang perlu anda banggakan apabila ramai pembeli menjerit dan berhimpit di hadapan kedai anda.", kata Wardina.
Wardina juga menyifatkan kejadian yang berlaku itu amat memalukan dan sekali lagi menegur pemilik butik berkenaan supaya lebih menghormati pelanggan mereka.
"Ianya amat amat amat amat memalukan. Nak buktikan apa? Tudung anda hebat? Dengan melayan dan membiarkan mereka sebegitu?
"Tak ada hebatnya butik yang membiarkan manusia merendahkan taraf diri mereka sebegitu rupa. Layan pelanggan anda dengan maruah dan respek... sekurang-kurangnya berikan mereka satu barisan untuk beratur. ", tulis Wardina.
0 comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.