.
Ahmad Yaakub diam bukan merupakan jawaban
BIDAS MB
Bagi seorang yang mempunyai rasa tanggungjawab dan pemikul amanah rakyat menerusi kuasa yang diberikan menerusi pilihan raya, mungkin termenung panjang apabila membaca surat Adun Salor Husam Musa kepada Menteri Besar Kelantan Ahmad Yaakub berkenaan dengan skandal yang berlaku dalam Kompleks Perkayuan Kelantan (KPK).
Begitu juga bagi mereka yang menerima dan memikul amanah kepimpinan dari Tokguru Nik Abdul Aziz Nik Mat yang berharap rekod kepimpinannya dikekalkan, akan terkejut beruk dengan apa yang dipersoalkan Husam berkenaan.
Sekiranya persoalan itu tidak dijawab, orang akan beranggapan Ahmad Yaakub sebagai MB bertanggungjawab dan terlibat dengan kecurangan itu.
Ahmad Yaakub dan seluruh Exco khasnya dan pegawai kerajaan negeri yang terlibat dalam membuat keputusan, tidak boleh membiarkan begitu sahaja persoalan-persoalan besar itu. Ia perlu dijawab dengan jelas dan dalam menjawab ini kepentingan dan hak rakyat perlu dipertahankan melebihi dari segala kepentingan atau malu aib lainnya.
Ahmad sendiri jangan tahu dan bijak menghuraikan dosa mereka yang langgar bai'ah tetapi mereka yang tidak menjaga harta rakyat dan amanat dengannya juga perlu dihurai sama. Saya dah katakan jangan buah hama tetapi biarkan mempirah menyedut darah. Api neraka juga akan menyambar pemakan harta rakyat.
Sekiranya persoalan itu dibiarkan begitu sahaja kerana dianggap ia adalah satu tekanan politik ke atas Ahmad Yaakub maka ia tidak perlu dilayan, maka jelas Ahmad dan kerajaannya tidak bertanggungjawab. Ia boleh dianggap Ahmad Yaakub bersekongkol sama dengan kejebatan dan penyelewengan?
Ada beberapa isu yang dibangkitkan oleh Husam Musa mengenai KPK dalam surat bertarikh 7 September kemudian diulang tanya lagi dalam surat bertarikh 19 September itu. Sebelum beredarnya surat itu mungkin orang tidak tahu akan kewujudan KPK, apakah peranannya dan juga fungsinya.
KPK diwujudkan pada tahun 1973 oleh kerajaan BN dibawah pimpinan BN dimana MB nya ialah Muhammad Yaakub. KPK merupakan anak syarikat kepada PKINK yang cemerlang. Tujuan penubuhannya ialah untuk memelihara dan menguruskan kawasan hutan (balak) di Kelantan.
KPK sendiri merupakan anak syarikat kerajaan (GLC) yang menjadi penjana kewangan terbesar kepada perbendaharan kerajaan Kelantan terutamanya dari hasil balak. Syarikat ini juga diberikan konsensi khas pada setiap tahun.
Dalam beberapa perkara dibangkitkan Husam, antara yang menarik ialah mengenai pemberian konsensi kawasan balak milik KPK kepada syarikat lain. Ertinysa KPK tidak urus sendiri konsensisnya. Ini tidak menjadi masalah, yang dipersoalkan kenapa harga yang ditawarkan kepada syarikat itu jauh lebih rendah daripada harga sepatutnya.
Haraga yang ditawarkan RM1,700 bagi satu ekar sedangkan harga semasa bagi kawasan prime terdiri dari kayu meranti dan sebagainya RM3,000 hingga RM5,000. Katanya hasil dari tander kawasan itu KPK mampu memunggutnya sebanyak RM3.5 juta.
Persoalan kenapa harga yang ditawarkan itu sangat murah. Keganjilan ini menyebabkan timbul prejudis berlaku penyelewengan dalam urusan ini. Orang akan mula berbidalan kalau tidak ada mengadakan masakan tempua bersarang rendah.
Keduanya, Husam juga mempersoalkan tentang kawasan balak seluas 20,000 hektar yang diperuntukan kepada KPK untuk menjana kewangan bagi membina Rumah Mampu Milik Rakyat Kelantan. Hasil konsensi itu diharap sebanyak RM50 juta diperuntukan untuk membina rumah mampu milik berkenaan.
Dengan kapasiti sebanyak itu KPK dikira mampu mengutip sebanyak RM60 juta hingga RM100 juta dengan kadar tawaran mengikut harga sewajar RM3,000 hingga RM5,000 dan jumlah itu ditambah dengan sewaan kilang KPK kepada syarikat berkenaan sebanyak RM360,000 setahun. Ramai yang orang tidak tahu kilang kayu milik KPK bukan lagi menjadi hak syarikat itu sepenuhnya.
Bagaimana pun dana untuk tujuan itu masih belum ada sedangkan kawasan itu katanya sudah pun bertukar tangan. Ini yang menimbulkan kemusykilan. Saya percaya segala maklumat dan butiran ini sedang dikumpul oleh Umno untuk diteburkan dalam pilihan raya kelak?
Husam juga menghuraikan kemerosotan pendapatan syarikat KPK sangat jelas sejak ke belakangan ini dan ini bertentangan sekali dengan dakwaan pihak kerajaan yang sedang melakukan penambahbaikkan kepada syarikat kerajaan agar berdaya maju.
Menurut pernyataan kewangan yang disediakan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SSM) tahun demi tahun KPK mengalami kemerosotan pendapatan. Angka-angka yang diturunkan boleh dijadikan perbandiungan. Tahun 2012 pendapatan yang dikutip sebanyak RM24,673,571 manakala keuntungan selepas cukai sebanyak RMRM1,081,121 sahaja.
Bagi tahun 2013 pendapatan yang dikutip sebanyak RM14,745,426, manakala keuntungan selepas cukai sebanyak RM1,430, 376 sahaja.
Manakala bagi tahun 2014 pendapatan yang dikutip sebanyak RM12,273,615 manakala keuntungan selepas cukai hanya RM700,00 sahaja jauh lebih rendah dari tahun sebelumnya. Mungkin KPK ada justifikasi untuk memberi jawaban kepada pernyataan ini.
Dari angka itu jelas kemerosotan pendapatan dan keuntungan KPK dari tahun ke setahun. Jika hendak diambil kira kemerosotan KPK itu bermula pada tahun 2013 selepaas kepimpinannya kerajaan Kelantan diambil alih oleh Ahmnad Yaakub dan berkebetulkan pula Adun Pulai Chondong Zulkifli Mamat yang menjadi pengerusi KPK.
Hakikat yang berlaku dalam KPK ini perlu dipertanggungjawabkan oleh Ahmad Yaakub. Kita tidak mahu menuduh beliau terlibat, tetapi sebagai MB beliau perlu membuat penjelasan segera. Beliau perlu mengarahkan Pengerusi KPK, Pengerusi PKINK selaku badan induk membuat penjelasan kenapa kemerotoan begitu ketara sekali.
Fenomena ini boleh menyebabkan orang akan melihat kelemahan Ahmad Yaakub sebagai MB. Jika orang mengatakan Ahmad tidak pandai memerintah beliau perlu menerima dengan sejujurnya. Hakikat ini mengiyakan. Pun begitu penerima itu bukan menyelesaikan masalah, tindakan paling afdal dan bersesuaian dengan prinsip Islam yang didokong Ahmad dan kerajaanya, beliau perlu meletak jawatan.
Begitu juga berdoa untuk kesejahtraan negeri di Makkah bukan jalan penyelesaian, tetapi tindakan tegas adalah penuntasan atas segalanya. [wm.kl.12:38 t/hari 20/09/15]
Bagi seorang yang mempunyai rasa tanggungjawab dan pemikul amanah rakyat menerusi kuasa yang diberikan menerusi pilihan raya, mungkin termenung panjang apabila membaca surat Adun Salor Husam Musa kepada Menteri Besar Kelantan Ahmad Yaakub berkenaan dengan skandal yang berlaku dalam Kompleks Perkayuan Kelantan (KPK).
Ahmad: Dimam bukan selesai masalah. |

0 comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.