Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Anwar simbol solidariti politik Malaysia

.
Anwar simbol solidariti politik Malaysia
RENUNGAN

Anwar menjadi lambang solidariti pembangkang.
Nafas maufakat diambil oleh Pakatan Harapan (PH) untuk menobatkan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri (kalau pakatan pembangkang itu menang) tidak disenangi oleh sesetengah pihak.

Ada yang mempertikaikan tindakan itu dari segi relevannya dari beberapa perkara. Mereka menyoal apakah PH sudah tidak ada tokoh lain untuk diangkat menjadi PM selain Anwar?

Ada juga komen-komen bersifat individual meluahkan rasa muak dengan pembangkang yang tidak habis-habis untuk mengangkat Anwar sebagai pemimpin.

Tindakan itu bagi mereka seolah-olah hanya Anwar sahaja layak menjabat jawatan itu. Jelas mereka yang berperasaan begitu mereka yang tidak mengenali atau mengetahui keistimewaan yang ada kepada sosok ini kenapa beliau digilai untuk dijadikan PM walaupun beliau dihalang dengan berbagai cara dan tipudaya.

Ada juga yang secara berterus terang mengatakan Anwar sudah terlepas "puyan" (musim), tamat tempoh. Masa Anwar untuk jadi PM dalam usia selepas 70 tahun sudah terlalu lambat. Kalau PH menang pilihan raya nanti usia Anwar ketika itu sudah melebihi 70 tahun dan ia dilihat sudah tua dan letih dan tidak sesuai lagi.

Selain itu Anwar juga disifatkan sudah tidak ada "wow", tidak ada daya tarikan lagi. Lantaran itu pengumuman Anwar itu juga dianalisakan sebagai tidak memberi tambahan nilai sokongan kepada PH. Apa yang hendak diceritakan bahawa Anwar sudah pudar karismatik melainkan sebagai seorang pemukul sejarah dan kesangsaraan hidupnya yang penuh pencaroba dalam perjuangan politik. Mereka menganggap Anwar kini adalah perenung masa di ruang terpojok.

Alasan pemerhati itu kononnya golongan muda sudah tidak tertarik dengan Anwar, dan bagi mereka Anwar bukan isu lagi, andaian itu betul walaupun tidak seratus peratus. Memang Anwar bukan pemimpin di era mereka. Memang generasi muda tidak ada chemistry perjuangan dengan Anwar. Mereka berada jauh di belakang genta dan retak perjuangan Anwar. Sewaktu Anwar sudah mengheret dada dalam perjuangan mereka dan mempolehi beberapa Ph.D masih belum wujud lagi.

Bukan saja generasi baru, bah mereka yang sudah tua, yang terpesona dengan fitnah-fitnah pihak tertentu yang memburuk-burukkan Anwar, dan jahil pula dengan sejarah dan tidak membaca bilbiografi mengenai Anwar akan tidak merasai apa-apa yang disumbangkan oleh Anwar. Bahkan mereka akan melihat Anwar sebagai jaguh pengkhianat seperti mana dijaja dan dijual oleh media "PB".

Mereka merasa Anwar bukan pembawa cahaya kebaikan tetapi pemancu kejahatan dan pengkhianat bangsa.

Sebaliknya mereka yang senantiasa menghayati dan memahami ucapan dan semangat yang diluahkan serta bijak membelah dadanya, betapa bapa reformis itu membawa gagasan besar untuk kaum berbilang kaum seperti Malaysia ini. Anwar mempunyai iltizam yang tinggi untuk kesejahteraan negara ini. Tidak terlampau kalau dikatakan Anwar adalah pembawa obor membunuh kegelapan yang melingkungi rakyat marhaen selama ini.

Bagi ahli politik pula mereka tidak akan dapat menafikan kehebatan dan ksitimewaan yang ada kepada Anwar ini bagaimana ia telah menjadi satu halangan besar buat mereka. Gara-gara kerana takut dan bimbang kepada kehebatan Anwar inilah maka mereka sanggup mengambil tindakan menyekat Anwar dan menutup kebebasannya untuk bergerak.

Jadi tidak hairan kalau generasi muda kurang terasa dengan kehadiran Anwar. Bagi mereka yang malas membaca idea dan buah pemikirannya, lagilah berasakan Anwar tidak ada guna bahkan merasa bosan dengan Anwar apabila berbagai isu di kelilingnya ditimbulkan. Separuh politik Malaysia bergerak bernadikan Anwar sebagai isunya. Anwar adalah penggerak roda politik Malaysia dan dia juga menjadi modal keuntungan dan kelabaan bagi sesetengah orang.

Bukankah itu satu kehebatan? Tiga orang perdana menteri Umno, bermula dari Dr Mahathir Mohamad sampai ke Abdullah Ahmad Badawi dan Najib Razak terpaksa berhadapan dengan Anwar. Mereka (Umno) menjadi susah dan kekuasaannya hampir ternafi oleh Anwar.  Najib menuruti "sunnah" Mahathir dalam menghang dan membendung pengaruh Anwar, dengan memenjarakannya, berbeza dengan Abdullah yang mengambil pendekatan berbaik-baik.

Tindakan Dr Mahathir dan Najib Razak itu menjelaskan bahawa Anwar masih relevan dan merupakan musuh utama bagi Umno dan menjadi penyekat kepada penerusan kerja-kerja zalimnya demi mempertahankan kuasa. Mungkin orang hanya nampak Najib meneruskan sunnah Mahathir dengan memenjarakan Anwar, tetapi sebenarnya tindakan Najib lebih jauh dan sadis dari itu.

Najib bukan saja hanya menghalang Anwar tetapi beliau juga turut menghuruharakan Pakatan Rakyat. Kemusnahan Pakatan Rakyat dan kecelaruan dalam Pas adalah tindakan tidak langsung Najib dalam usaha menghalang kemaraan Anwar membela rakyat.

Demikian juga mereka yang menganggap Anwar sudah tua untuk menjadi PM juga silap. Usia bukan ukuran di medan perjuangan. Perjuangan sejati digerakkan dengan akal bukan fizikal, apa lagi perjuangan menerusi politik. Sesebuah negara itu sendiri tadbirkan dengan akal dan sokongan padu rakyat. Dan Anwar dalam usia selanjut itu, belum ada tanda-tanda dia sudah lelah dan lemah.

Buat apa orang muda kalau pemikiran hanyut dan longlai? Masih "merenyutkan" isu perkauman dan menyerang kaum lain secara bodoh dan sambrono. Tidak ada guna orang muda kalau pemikirannya singkap dan tidak nampak apa yang akan berlaku di belakang hari. Juga tidak ada guna orang muda kalau membawa agama ke belakang. Kalau untuk memahami realiti politik di negara juga jahil, apa gunanya kepada pemikiran baru?

Kenapa PH memilih Anwar? Ada dua faktor besar yang saya nampak dengan pilihan ini. Pertama ialah sebagai menghormati pengorbanan dan jasa-jasa beliau kepada rakyat. Tidak ada pemimpin yang menghadapi tentangan dan cabaran sehebat Anwar demi membebaskan rakyat dari kegelapan dan kezaliman pemerintah.

Anwar sudah melaui hampir semua tentangan dan cabaran. Dia sudah teruji dan melepasi ujian. Sebab itu saya meletakkan dia sebagai "ulu azmi", pemimpin yang menerima pelbagai dugaan dan cabaran.

Sesiapa pun dalam dunia politik Malaysia tidak dapat mengatatasi cabaran yang dihadapinya. Anwar sudah melalui semua ujian dan bentuk kezaliman. Dan jikalau penahanan dan tribulasi politik dilaluinya boleh dianggap sebagai tesis-tesis Ph.D, Anwar sudah memiliki empat Ph.D.

Kali pertama tahun 1974. Tesis untuk Ph.D itu ialah memperjuangkan rakyat yang miskin. Beliau menggerakkan golongan mahasiwa menunjukkan rasa bertindak menentang ketidakpedulian kerajaaan kepada rakyat sehinggakan ada rakyat kebuluran. Kali kedua apabila dia menyertai Umno 1982, dimana dalam tesis ini dia membuat tindakan berani untuk memperbetulkan kebejatan Umno dari dalam dengan meninggalkan landasan juangnya, Abim.

Penyertaan atau tesis ini menjadi polemik di kalangan rakan dan pemerhati kepada gerakan dipimpinnya, Abim. Tetapi kerana mempercayai dan yakin kepada tesisnya beliau tetap juga meneruskan tindakan itu. Sedikit sebanyak hasil penyertaan beliau ke dalam Umno dapatlah dilakukan beberapa perubahan sekurang-kurangnya berjaya melatak dan memperukuhkan Umno berdiri atas tapak Islam yang sebenar dan tidak terlalu sekular.

Tesis Ph.D ketiga beliau ialah pada tahun 1998 apabila beliau dipecat daripada Umno kemudian dipenjara menerusi satu konspirator terancam. Tesis ini sangat menarik dan sungguh mencabar keimanan daya juangnya apabila tesis ini menyebabkan beliau dipenjara.

Dan kali keempat ialah 2014 dimana sekali lagi beliau dipenjara. Merupakan tesis ulangan. Jasa dan pengrobanan Anwar cukup besar jadi tepatlah kalau PH memberi penyanjungan itu kepadanya dengan menobatkan beliau sebagai calon Perdana Menteri.

Faktor kedua kenapa Anwar masih digilai ialah kerana kemampuannya menjadi mediator kaum dan bangsa di negara ini. Anwar adalah bapa penyatuan parti-parti politik pembankang di negara ini. Betapa tidaknya Anwar dengan cara dia berpolitik dia dapat menyatukan Pas dengan DAP - dua buah parti yang berbeza idealogi dan penyokongnya. DAP sosialis, Pas pula Islam primitif dan anggota parti masinhg-masing pula dua kaum yang berbeza yang saling mencuriagi antara satu sama lain, Melayu dan Cina.

Namun atas kelunakan pendekatannya serta politik terbuka, Anwar berjaya menyatu dan meletakkan kedua mereka dalam satu bekas bernama Pakatan Rakyat. Anwar berjaya menjalurkan kedua parti itu atas satu sinar yang satu dan memberi keyakinan bahawa pembangkang boleh berjaya bila ada persepakatan.

Kejayaan inilah memberi nilai tambah kepada kehebatan Anwar sebagai pemimpin. Penerima pandangan itu dan pembentukan Pakatan Rakyat menunjukkan dia dipercayai oleh parti-parti lain dan juga semua kaum. Tiada ada orang kedua yang boleh melakukan reforms politik seperti ini kecuali Anwar.

Kehebatan Anwar juga ialah dia tidak seorang yang mudah lemah jauh sekali berputus asa. Walaupun kaki dan tangannya diikat dan ditambat, dia boleh bersuara dari dalam penjara. Penjara baginya bukan pusara. Arahan demi arahan dan mesej demi mesej disampaikan menerusi lubang yang diteroboi oleh akalnya dari dalam ruang sempit itu.

Dalam penjara dia bukan menjadi perenung masa dan menanti cahaya kebebasan, tetapi akalnya tetap aktif mencari ruang dan memikirkan bagaimana untuk menggerakkan pejuangan. Kelebihan inilah yang ada kepada Anwar dan menyebabkan rakyat merasakan bahawa dia senantiasa mendampingi rakyat sehinggakan lupa beliau sedang mengosot kesakitan dan mengulik kesepian di balik tembok batu.

Apabila Anwar diangkat menjadi calon PM, ia adalah simbol kepada solidariti kaum dan parti-parti pembangkang di negara ini. Saya tidak fikir dan PH pun tidak segila itu untuk terus menobat Anwar sebagai PM. PH pun menyedari batas undang-undang dan hukum alam yang terpaksa diatasi Anwar pada waktu ini. Tetapi kenapa mereka tetap juga mengumumkan Anwar sebagai bakal PM, ia adalah sebagai piala atau kandi untuk mencerahkan harapan PH menguasai negara ini.

Kepada mereka yang membenci Anwar usahlah merasa terhina dan sedih dengan pilihan PH yang mengangkat Anwar itu. Itu adalah urusan PH yang tidak perlu diganggu dan dicemburui. Dan kalau sesiapa ada pilihan lain dan juga ingin menobatkan sebagai PM mereka sendiri, silakan, tidak ada yang melentang dan Anwar juga sama sekali tidak akan berkecil hati dan memarahinya. Soalnya apakah calon pilihan anda itu menepati segala kriteria dan citarasa yang dikehendaki?  [wm.kl.8:19 am 25/09/15]

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.