Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Berbincang dengan Umno, Pas tidak tolak kemungkinan itu

.
Berbincang dengan Umno, Pas tidak tolak kemungkinan itu
REAKSI

"Terlalu awal untuk berbuat begitu (berbincang dengan Umno) tetapi ia tidak mustahil," demikian ulas seorang pemimpin kanan Pas bila ditanya kewujudan pakatan baru, Pakatan Harapan yang diputuskan lewat tengah hari tadi.

Pemimpin kanan Pas itu berkata dalam politik tidak ada sebarang kemustahilan. "Iya memang ada..." katanya apabila disoal apakah benar Pas sudah merancang untuk berbincang secara serius dengan Umno bagi bekerjasama dalam pilihan raya akan datang.

"Enta pun dah tulis dan semacam besetuju kalau Umno berkerjasama dengan Pas, baiklah tu..." ujarnya lagi cuba mengelak. 

"Saya tidak boleh bagi tahu kerana ini rahsia, kalau enta nak tembak silakan," kata pemimpin itu lagi. Tegasnya beliau tidak menolak kerjasama dengan Umno tetapi tidak mahu mengesahkan. "Tidak boleh sahkan, tidak boleh.." begitulah kata pemimpin itu apabila dijolok apakah benar sudah ada perbincangan sulit dilakukan pemimpin tertentu dengan Najib Razak dan Zahid Hamidi.

Adalah dipercayai sehari dua lagi akan ada perkembangan yang bakal mengejutkan pemerhati politik dengan tindakan Pas ini serta membolehkan orang membaca peta politik Pas. Keadaan hari ini dalam Pas sudah tidak ada orang yang bercanggah pendapat atau pun yang menentang kalau rancangan kerjasama Pas - Umno itu diadakan.

Sebelum ini Allahyarham Nik Abdul Aziz Nik Mat merupakan kuasa penentang kerjasama itu. Kemudian dengan terkeluarnya golongan profesional yang menentang kerjasama Umno - Pas, apabila kalah dalam pemilihan pada muktamar lalu, kini tinggal dalam Pas semua mereka yang suka kalau parti agama itu bekerjasama dengan Umno. 

Kerjasama penting dan diperlukan bagi sesetengah pihak dalam Pas bagi mengekalkan status quo yang ada serta mendapat manfaat peribadi dengan kuasa yang dipegang Umno sebagai tunggak kerajaan. Dalam pada itu difahamkan Pas sedang mencari hujah dan dalil kukuh kenapa mereka perlu berkerjsama dengan Umno. [wm.kl.3:27 pm 22/09/15]

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.