CELAH GELEGAR
[KATA DUA PEMUDA UMNO KEPADA PRESIDEN MCA] Sokong Pemuda MCA Pasir Gudang ATAU Ambil Tindakan Displin
KUALA LUMPUR: Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai didesak membuat kenyataan rasmi sama ada menyokong atau tidak pendirian Ketua Pemuda MCA Pasir Gudang, Chia Chow Hui yang memutuskan sokongan kepada Datuk Seri Najib Tun Razak.
Ketua Penerangan Pergerakan Pemuda UMNO, Jamawi Jaafar berkata, kenyataan tidak menyokong Presiden Barisan Nasional (BN) itu disifatkan sebagai tindakan kebudak-budakan yang hanya untuk menangguk di air keruh kononnya Himpunan Rakyat Bersatu pada 16 September lalu adalah rasis.
"Sekiranya Tiong Lai tidak menyokong, tindakan disiplin yang keras harus dikenakan kepada Ketua Pemuda MCA Pasir Gudang tersebut."Sekiranya menyokong, jelaslah MCA bukan rakan kongsi yang boleh dipercayai dalam BN," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Pada Ahad, Pemuda MCA Pasir Gudang memutuskan hubungan dengan Najib susulan sokongan beliau kepada Himpunan Rakyat Bersatu pada 16 September lalu.
Chow Hui turut dilaporkan berkata, himpunan 'Baju Merah' pada tarikh tersebut dilihat medium untuk menghancurkan keharmonian kaum.
Dalam pada itu, kata Jamawi, tindakan Chow Hui tidak menggambarkan langsung semangat setiakawan dalam BN yang mana ketika himpunan Bersih ahli Pemuda MCA diberi kebebasan untuk menghadirinya.
"Sikap 'double standard' ini mencerminkan arah perjuangan Pemuda MCA dengan lebih jelas.
"Jika dia tidak mampu untuk membantu parti, cukup sekadar tutup mulut dan jangan pula menunjukkan perangai sebenar tidak mengenang budi seperti kisah sang kancil dan buaya yang sanggup menggigit orang yang membantu semata-mata kerana pentingkan diri.
Tambahnya, adalah lebih baik jika Chow Hui segera membantu perkukuhkan kembali Pemuda MCA serta menambahkan daftar undi terutamanya golongan muda Cina yang menurutnya semakin kurang menyokong BN.
Najib pada Jumaat mengucapkan penghargaan kepada peserta Himpunan Rakyat Bersatu dengan menyatakan himpunan Baju Merah kerana berhimpun secara aman tanpa sebarang provokasi pada 16 September lepas.
Sebelum ini, Pengerusi Gabungan NGO Melayu Datuk Jamal Md Yunos menyangkal dakwaan kononnya Najib memberikan cek berjumlah RM3 juta bagi penganjuran Himpunan Rakyat Bersatu.
Jamal menegaskan penganjur Himpunan Rakyat Bersatu yang diadakan di ibu negara semalam tidak menerima sebarang peruntukan daripada Perdana Menteri mahupun kerajaan..
0 comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.