Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KHALID JANGKA PAS BAKAL "JILAT LUDAH SENDIRI"!!!

SEMUT HITAM
KHALID JANGKA PAS BAKAL "JILAT LUDAH SENDIRI"!!!
Huh! Nampak gayanya pendirian konsisten puak - puak PAS untuk tidak menyertai Pakatan Haprak Baru tu pada ketika ini hanya menjadi bahan lawak dan dipertikaikan secara terbuka.

Nak pulak bagi puak - puak Pengkhianat yang merelakan diri mereka menjadi Zombie kepada puak - puak DAPigs tu sebelum ini. Diorang hanya memperlekehkan pendirian yang telah dibuat oleh PAS.

Bagi mereka, alasan PAS tidak mahu menyertai Pakatan Haprak Baru tu kerana adanya DAPigs tidak boleh diterima akal dan tidak dianggap relevan dalam keadaan Politik Negara semasa.

Maka sebab itulah selaku salah seorang Pengkhianat kepada PAS, Si Khalid Samad tu berani mengeluarkan kenyataan KONONnya parti itu akan mengubah pendirian mereka dalam tempoh yang singkat.

Setidak - tidaknya, dalam tempoh 6 bulan PAS akan menyertai Pakatan Haprak Baru yang diumumkan Selasa lepas. Demikian kenyataan yang dibuat oleh Si Khalid Samad tu baru - baru ini.

Walaubagaimana pun, Si Khalid Samad tu kata, perkara itu hanya akan menjadi kenyataan sekiranya Pakatan Haprak yang baru dibentuk mampu untuk membuktikan hubungan mereka lebih mantap.
"Saya beri sebagai contoh (jangka waktu PAS sertai Pakatan Harapan) maknanya saya beri had dan waktu. Tetapi maksud saya mungkin sekarang ini dia (PAS) tidak setuju untuk masuk (Pakatan Harapan) tetapi kalau dia nampak pakatan ini bergerak dengan baik mungkin dia akhirnya akan masuk dalam masa enam bulan, mungkin sampai setahun? Kita tengok nanti.”
Dalam erti kata lainnya, Si Khalid Samad tu dilihat cuba mendakwa bahawa kepimpinan PAS Pusat tidak teguh berpegang kepada pendirian yang telah ditetapkan oleh mereka sendiri.

Sebaliknya bagi dia, keangkuhan serta keegoaan kepemimpinan PAS Pusat pada ketika ini sudah pasti akan luntur dan ianya hanya akan memalukan parti tersebut dimasa akan datang.

Dan jika dilihat dari satu sudut, Si Khalid Samad tu cuba menggambarkan bahawa PAS sudah pasti akan terdesak untuk menjaga kepentingan Politik Peribadi mereka sendiri. Kiranya, bagi Si Khalid Samad tu, PAS ni takde maruah sehingga sanggup 'Menjilat Ludah Sendiri'!!!

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.