Kaki Berita Online
Masih Ingat Dengan Kemalangan Yang Menimpa Rozaimi Julai Lalu? Inilah Keadaan Rozaimi Sekarang
Penyerang kebangsaan Rozaimi Abdul Rahman hanya mahu fokus untuk kembali pulih dari kecederaan dialami ketika terlibat dalam kemalangan sebelum membuat sebarang keputusan mengenai masa depannya bersama skuad Sabah.
Rozaimi terlibat kemalangan di Jalan Tuaran 6 Julai lalu apabila kenderaan dibawanya melanggar pokok di Kota Kinabalu.
Ketika dihubungi rancangan Bola@Mamak di saluran Astro Arena 801, Rozaimi menjelaskan dia kini telah berada dibawah pengurusan MVP Sports Agency yang akan mengendalikan segala perihal karier bola sepaknya.
Bagaimanapun, dia enggan mengulas apabila ditanya mengenai kedudukannya dalam skuad The Rhinos.
"Ketika ini saya cuma nak fokus pulih dari kecederaan ini dan saya tidak terlalu fikirkan soal perlawanan namun terpulang pada Sabah sama ada mereka masih perlukan khidmat saya," katanya.
0 comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.