SEMUT HITAM
MIMPI APA PULAK HARON DIN NI? HADUYAI!!!
Alamak ai!!! Tepuk dahi kita dibuatnya bila membaca kenyataan yang dikeluarkan oleh Mursyidul Am PAS ni. Mimpi apa pulak yang Si Haron Din ni dapat sampai dia boleh keluar kenyataan tu?
Untuk sekian kalinya, pemimpin kanan PAS seperti Haron Din mengeluarkan kenyataan terhadap puak - puak Pengkhianat Amanah Negara (PAN) agar melepaskan jawatan sebagai wakil rakyat.
Majlis Syura Ulama menyokong gesaan Presiden PAS supaya wakil rakyat parti itu meletakkan jawatan jika menyertai parti lain termasuk parti pimpinan Mat Sabu selaras dengan bai'ah yang dilafazkan.
Mursyidul Am PAS itu juga menyatakan gesaan itu perlu kerana semua Ahli Parlimen atau ADUN parti itu telah melafazkan Bai'ah ketika mereka menjadi calon dalam Pilihan Raya Umum lalu.
"Ia akan balik kepada bai'ah, kalau sudah dia menyebut dalam bai'ah kalau saya khianat dan saya keluar parti segala hasil yang saya makan itu adalah haram maka bermakna dia tak boleh peganglah dan kena lepaslah (jawatan)."Yang keduanya secara moralnya bila kena menang atas perjuangan titik peluh ahli sebuah parti dengan perbelanjaan ahli-ahli, tenaga dan nama parti sampai masa kita meninggalkan parti moralnya tinggallah segala-galanya termasuk jawatan," katanya dalam temubual bersama Antarapos baru-baru ini.Beliau menambah perkara itu telah jelas dinyatakan dalam sumpah bai'ah yang dibuat dan jika mereka melanggar sumpah taat setia itu, maka mereka juga dianggap akan dilaknati Allah.
"Saya sebut ini kerana tidak ada paksaan, tidak boleh bawa ke mahkamah untuk bincang tapi secara moralnya kalau kita pergi kepada mungkinan untuk mereka lepas jawatan maka lepas dengan baiklah."Itu yang diminta oleh ahli pun, kalau mereka tidak lepas juga yang ada bai'ah dia nilai sendiri bai'ah itulah yang akan menentukan kepadanya," katanya.Haron mengulas tindakan beberapa wakil rakyat PAS yang telah mengambil keputusan menyertai parti baru iaitu Amanah yang diterajui bekas Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dan dibarisi bekas pimpinan parti Islam itu.
Tapi hakikatnya, mana ada pemimpin dikalangan Pengkhianat Amanah Negara pimpinan Si Mat Sabu tu yang ada maruah. Kalau diorang ada maruah, tak payah susah - susah nak buat desakan sedemikian!!! Apa yang pasti, diorang tu semuanya Barua DAPigs belaka!!!
0 comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.