Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

[NASIHAT GABENOR BNM TIDAK DIENDAHKAN] Najib Perlu LEPAS Jawatan Menteri Kewangan dan Penasihat 1MDB

CELAH GELEGAR
[NASIHAT GABENOR BNM TIDAK DIENDAHKAN] Najib Perlu LEPAS Jawatan Menteri Kewangan dan Penasihat 1MDB

Kenyataan 1MDB lebih penting daripada Gabenor Bank Negara

Berita-berita negatif mengenai negara Malaysia terus datang berpusu-pusu sehinggakan Pengerusi CIMB Datuk Nazir Razak melahirkan kebimbangan mengenai masalah kewangan yang sedang dialami negara.

Semalam, Moody Corp’s telah mengeluarkan satu carta perbandingan yang menunjukkan Malaysia dikategorikan di dalam ‘junk’. 

Negara yang mendapat taraf ‘junk’ adalah negara yang mempunyai jurang terbesar antara penilaian rasmi kreditnya oleh agensi antarabangsa dan apa yang ditunjukkan melalui aktiviti kredit yang sebenarnya.

Dengan berita siasatan terhadap pengaliran dana haram yang dikaitkan dengan 1MDB di seluruh dunia terutamanya laporan Wall Street Journal dan New York Times, hasilnya nilai Ringgit menjunam mencecah RM4.4 kepada 1USD dan menghampiri RM3.1 kepada 1SGD.

Sebelum ini, Gabenor Bank Negara Tan Sri Akhtar Zeti Aziz berkata nilai Ringgit akan pulih sekiranya isu 1MDB dijawab dengan sepenuhnya.

Sedihnya saranan Zeti langsung tidak disambut Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak selaku Menteri Kewangan malah dibiarkan dicemuh oleh 1MDB.

Kebisuan Najib menonjolkan bahawa seluruh Kementerian Kewangan dan beliau tidak dapat bertindak dengan adil kerana Najib masih bertugas selaku Penasihat 1MDB. 

Bahkan, ia memberikan gambaran yang sangat negatif kepada kewangan negara apabila Menteri Kewangan lebih mempercayai kata-kata satu syarikat yang dinasihati beliau daripada Bank Gabernornya sendiri.


Oleh itu, PAS bertegas bahawa Najib perlu melepaskan jawatan Menteri Kewangan dan penasihat 1MDB dengan serta-merta – supaya kedua-duanya tidak lagi bercampur-aduk dan pihak Kementerian Kewangan dapat mengambil tindakan sewajarnya ekoran nasihat daripada Gabernor Bank Negara.

Apakah Najib bimbang – tanpa beliau sebagai Penasihat 1MDB mahupun Menteri Kewangan, 1MDB tidak mampu bertahan daripada siasatan yang cuba dijalankan pelbagai pihak?

Tuan Ibrahim Tuan Man
Timbalan Presiden PAS
25 September 2015

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.