Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PAS IKRAR TETAP "LANGGAR" KAWASAN PENGKHIANAT!!

SEMUT HITAM
PAS IKRAR TETAP "LANGGAR" KAWASAN PENGKHIANAT!!
Buat sekian kalinya, PAS hari ini tampil dengan menegaskan bahawa parti itu akan bertanding di kerusi Parlimen di mana ahli Parlimen asalnya telah 'lari', dalam pilihan raya umum akan datang.
"Mereka yang telah melarikan diri dengan kerusi kami, kerusi-kerusi itu masih milik PAS. PAS akan bertanding. Jika mereka mahu bertanding ia akan menjadi satu pertandingan tiga penjuru," kata Pengarah Pilihan Raya PAS, Datuk Mustafa Ali memetik laporan Harakahdaily.
Demikian diantara kenyataan yang dikeluarkan oleh Bekas Setiausaha Agung PAS Pusat itu sewaktu dalam ucapannya di Dungun, Terengganu pada malam Jumaat, semalam.

Jelas, kenyataan Mustafa itu merujuk secara langsung kepada bekas Ahli Parlimen PAS yang keluar parti untuk menyertai Parti pimpinan Si Mat Sabu yang baru dilancarkan sebelum ini.

Diantara mereka yang telah berpaling tadah dan mengkhianati kepercayaan parti tersebut ialah Hatta Ramli, Khalid Samad, Dr Mujahid Yusof Rawa dan Dr Siti Mariah Mahmud serta Kamaruddin Jaafar yang menyertai PKR.

Selain itu, beberapa kerusi peringkat DUN juga bakal menjadi sasaran PAS bagi merampas balik selepas wakil rakyatnya turut serta berpaling tadah dan mengambil tindakan yang sama.

Mustafa juga berkata, PAS mungkin bertanding di lebih banyak kerusi berbanding pilihan raya umum 2013, sambil menambah jabatan pilihan raya akan memutuskan tentang kerusi mana yang akan ditanding.

PS: Dalam erti kata lainnya, ada peluang la Si Pak Mus tu nak bertanding sewakt Pilihan Raya Umum yang akan datang. Jangan nanti bila dia bertanding, kalah pulak sudah la!!!

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.