Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PAS JUGAK YANG DIPERBODOHKAN!!!

SEMUT HITAM
PAS JUGAK YANG DIPERBODOHKAN!!!
Nah! Ini satu lagi kerja Gila. Macam mana pulak seorang Profesor Madya macam ni boleh buat kesimpulan yang sebegitu mudah? Takkan setakat itu je tujuan Pakatan Haprak Baru tu?

Takkan semua benda hanya perlu berkisar pada PAS tu je. Puak - puak Pakatan Haprak Baru tu dah takde kerja lain ke yang diorang nak buat selain dari asyik nak memburukkan PAS je?

Menurut kata seorang Profesor Madya, pembentukan Pakatan Haprak Baru yang dibuat secara tergesa - gesa sebelum ini mungkin berniat untuk menyingkirkan PAS daripada gagasan pembangkang.

Prof. Madya Dr Ahmad Martadha Mohamed berkata, ini ekoran tindakan PKR yang tidak menyatakan mengenai persidangan tersebut semasa perjumpaan dengan PAS pada 15 September lalu.
"Dan ini mungkin juga rententan daripada keadaan yang berlaku di dalam Pakatan Rakyat di mana sebelum ini konflik yang agak tegang berlaku di dalam komponen-komponen parti terutama DAP dan juga PAS."Jadi apabila penubuhan Pakatan Harapan, kita dapati memang ada usaha-usaha terutama DAP misalnya yang tidak mahu PAS dijadikan sebagai satu anggota komponen di dalam Pakatan Harapan yang baru," katanya kepada AntaraPos.
Sekiranya PKR ikhlas untuk menjemput PAS hadir, mengapa mereka tidak memberikan ruang secukupnya kepada parti itu untuk mempertimbangkan terlebih dahulu persidangan tersebut?
"Jadi sebab itu bagi saya adalah tidak mustahil apa yang dikatakan oleh Timbalan Presiden PAS (Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man) itu bahawa mereka tidak dijemput dan diadakan secara tiba-tiba tanpa memaklumkan lebih awal."Jadi ini adalah sesuai dengan peristiwa-peristiwa dan konflik-konflik yang berlaku di dalam Pakatan Rakyat sebelum ini. Jadi ini bukan satu perkara yang baru dan tidak mengejutkan terutama bagi penganalis-penganalisis," katanya.
Bahkan kata Ahmad Martadha, PKR yang terkenal dengan publisitinya terhadap sesuatu perkara yang dibuatnya, bagaimanapun tidak mengambil pendekatan yang sama untuk menghebahkan persidangan meja bulat itu.
"Saya kira memang kalau kita lihat masa dan ketika pesidangan meja bulat itu agak tergesa-gesa, kurang publisiti diberikan terutama ketika mengadakan persidangan tersebut."Jadi tidak hairanlah jika PAS mengatakan mereka tidak mendapat undangan dan tidak dimaklumkan lebih awal," katanya.
Dalam erti kata lainnya, PAS telah secara terang - terangan dipermainkan oleh PKR dan sengaja dibiarkan dalam gelap mengenai rundingan Meja Bulat yang diadakan pada Selasa lalu. Pokok pangkalnya, PAS jugak yang diperbodoh-bodohkan oleh PKR secara terbuka!!!

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.