SEMUT HITAM
PAS TETAP ENGGAN RUJUK DENGAN DAPigs!!!
Bercerai Kasih, Bertalak Tiga!!! Kiranya itulah perumpamaan yang paling tepat untuk kita berikan terhadap pendirian PAS terhadap kerjasama Politik dengan puak - puak DAPigs tu.
Nak pulak bila parti Ultra Chauvanist tu dilihat lebih cenderung menyokong puak - puak Pengkhianat Amanah Negara pimpinan Si Mat Sabu tu. Lagi la PAS enggan menyertai Pakatan 2.0.
PAS sekali lagi mengulangi pendirian parti itu tidak akan menjalin kerjasama dengan Parti Amanah Negara (Amanah) yang kini dalam proses didaftarkan dan DAP dalam Pakatan Rakyat 2.0.
Naib Presiden PAS yang juga merupakan Timbalan Menteri Besar Kelantan, Mohd Amar berkata pendirian itu diputuskan berikutan pengkhianatan yang dilakukan parti berkenaan sebelum ini.
"Kami tidak dapat bersama Pakatan Rakyat 2.0 kerana adanya DAP dan Amanah yang pada anggapan kami telah mengkhianati dan lari daripada kami," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan kepada mangsa kebakaran di Pondok Madrasah al-Fununiah al-Tunjuniah di sini, Isnin.Seterusnya Mohd Amar berkata, walaupun menyedari perlu kerjasama erat dalam kalangan pembangkang pada Pilihan Raya Umum akan datang, namun buat masa sekarang PAS tetap dengan pendirian itu.
"Walaupun tidak dibincang secara rasmi, itulah pandangan yang dilahirkan sebelum ini melalui rumusan yang dibuat oleh Presiden PAS (Datuk Seri Abdul Hadi Awang). Dalam suasana dan perkembangan sekarang, perbincangan kerjasama rasmi itu memang kami tidak dapat terima," katanya.Selain itu, Mohd Amar turut menegaskan bahawa PAS juga tetap bersedia untuk bergerak secara bersendirian dalam Pilihan Raya Umum yang akan datang jika keadaan itu memaksa.
"PAS ada pengalaman bersendirian ... soal kalah menang itu bergantung kepada kehendak Allah," katanya.Mengulas lanjut, PAS juga katanya akan tetap memperjuangkan kerusi mereka walaupun terpaksa berdepan dengan pertarungan tiga atau empat penjuru jika Amanah turut bertanding.
Dalam erti kata mudahnya, tak perlu la pihak luar memaksa PAS untuk mengubah pendirian mereka. Terutama sekali dikalangan puak - puak PKR tu sendiri. Kalau setakat paksa untuk menjaga kepentingan Politik Peribadi, baik tak payah!!! Buat mengabihkan masa je!!!
0 comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.