Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

[PEMUDA MCA 'SERANG' BALAS] Pihak luar jangan campur tangan

CELAH GELEGAR
[PEMUDA MCA 'SERANG' BALAS] Pihak luar jangan campur tangan
Kim Soon berkata, MCA mempunyai prosedur sendiri dalam mengendalikan isu membabitkan ahli parti mereka. Foto Facebook Leong Kim Soon
KUALA LUMPUR, 21 September:
Pihak luar tidak sepatutnya membuat kenyataan tidak bertanggungjawab atau permintaan yang keterlaluan terhadap mana-mana pemimpin untuk menjatuhkan tindakan tata tertib terhadap ahli parti itu sendiri.

Mengulas mengenai kenyataan Ketua Pemuda Umno negeri supaya Presiden MCA mengambil tindakan terhadap Ketua Pemuda Bahagiannya, Setiausaha Agung Pemuda MCA, Datuk Leong Kim Soon, berkata parti itu mempunyai prosedur mereka sendiri dalam mengendalikan isu membabitkan ahli parti, dan mendesak mereka yang bukan ahli supaya tidak campur tangan.

Beliau menyifatkan, tindakan meminta Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai, mengambil tindakan terhadap Ketua Pemuda MCA Pasir GUdang, Cia Chow Hui, sebagai `tidak masuk akal’ dan `menyakitkan hati’.

“Pemuda MCA bergantung kepada mekanisma dalaman parti kami untuk menyelesaikan perkara ini, tanpa campur tangan pihak ketiga.

“Maka, Pemuda Umno Pahang sepatutnya bercakap perkara berhubung dalam parti mereka sendiri,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ketua Pemuda Umno Pahang, Mohd Sahar Abdullah baru-baru ini menyertai tindakan pemimpin pemuda Melayu yang meminta tindakan diambil ke atas Cia kerana memutuskan hubungan dengan Presiden Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Najib Razak berhubung sokongan yang dinyatakan terhadap Perhimpunan Rakyat Bersatu atau Perhimpunan Baju Merah.
Leong berkata, menangani cabaran terhadap kestabilan ekonomi dan politik, yang secara tidak langsung disebabkan oleh perselisihan dalaman parti Umno, adalah perkara yang perlu diutamakan terlebih dulu.

“Maka, saya menasihatkan Pemuda Umno menyelesaikan masalah dalam parti mereka dulu sebelum menghukum parti lain.” - the rakyat post

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.