Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ketua Umno Bahagian Zaman Najib PALING "MERAK", PERASAN, SYOK SENDIRI – Shahbudin Husin

CELAH GELEGAR
Ketua Umno Bahagian Zaman Najib PALING "MERAK", PERASAN, SYOK SENDIRI – Shahbudin Husin

Tidak pernah berlaku dalam sejarah Umno sebelum ini di mana mereka yang menjadi ketua bahagian begitu "merak", syok sendiri dan perasan lebih, kecuali di era Datuk Seri Najib Razak menjadi presidennya.
Memang ketua bahagian adalah pemimpin utama dalam Umno. Daripada jawatan itulah, pelbagai peluang dan nikmat kehidupan boleh datang menjelma. Tetapi jawatan itu bukan segala-galanya.
Disebabkan begitu "merak", syok sendiri dan perasan lebih itulah akhirnya wujud komplot atau gerakan di kalangan ketua bahagian mencadangkan pemecatan atau penyingkiran pemimpin, khususnya Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin, daripada parti itu.
Menurut apa yang dilaporkan dalam pelbagai media, perkara itu turut disahkan beberapa ketua bahagian, cuma mereka mengatakan ia bukannya komplot, sebaliknya hanya persetujuan agar golongan yang ditakrifkan "gunting dalam lipatan" perlu diambil tindakan.
Ada yang melaporkan antara 140 hingga 154 daripada 191 Ketua Bahagian telah bersetuju mengenai tindakan itu yang dipercayai melibatkan "Kumpulan Tujuh" yang disebutkan sebelum ini oleh Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.
Lebih menarik, persetujuan itu pula bukannya dicapai dalam mesyuarat khas atau perjumpaan tertentu,  sebaliknya hanya melalui perbualan dalam aplikasi Telegram saja.
Tindakan yang dicadangkan dikatakan melibatkan pemecatan, penggantungan keahlian dan lain-lain, tetapi majoriti mahu Muhyiddin dipecat keahliannya kerana kritikan berterusan terhadap 1MDB, kepimpinan Najib serta bantahannya mengenai Sosma.
Tindakan keras lebih kuat tertumpu kepada Muhyiddin kerana mahu mengenepikannya daripada merasmikan Perhimpunan Agung Wanita, Pemuda dan Puteri serta berucap di acara penggulungan Perhimpunan Agung Umno, Disember nanti.
Persetujuan ketua bahagian itulah kononnya akan dipersembahkan kepada Najib menjelang mesyuarat Majlis Tertinggi Umno akan datang untuk dijadikan sandaran bahawa tindakan terhadap Muhyiddin itu turut mendapat sokongan majoriti pemimpin  bahagian daripada seluruh negara.
Sebenarnya inilah yang peliknya dalam Umno sekarang. Kuasa mengambil tindakan atau memecat seseorang bukannya terletak pada ketua bahagian. Sebaliknya, ia adalah hak MT Umno. Hanya MT Umno melalui sokongan dua pertiga yang boleh berbuat demikian.
Ketua bahagian tidak perlu masuk campur dalam kerja MT. Kalau mahu apa-apa tindakan, biarlah MT memutuskannya, manakala suara ketua bahagian tidak perlu diambil kira sama sekali.
Bagi seseorang yang hanya menjadi ketua bahagian, untuk mengambil tindakan kepada ahli biasa di bahagian sendiri pun mereka tiada kuasa, apatah lagi sibuk-sibuk mencadangkan pemecatan pemimpin yang berjawatan timbalan presiden.
Kuasa sedemikian hanya dimiliki oleh mereka yang menjadi ahli MT saja. Ketua bahagian tidak seharusnya syok sendiri dan belajar-belajarlah membeli "cermin besar" untuk mencermin diri.
Najib juga, jika benar ingin menyingkirkan atau mengambil tindakan terhadap Muhyiddin dan "Kumpulan Tujuh" pemimpinnya yang sedang disiasat itu, beliau hanya perlu membawanya dalam mesyuarat MT serta memastikan sokongan 2/3 memihak kepadanya. Itu saja.
Tidak perlu bersusah payah melibatkan ketua bahagian. Percubaan mendapatkan sokongan ketua bahagian untuk tujuan itu bukan saja sesuatu yang tidak betul dari segi aturan dan perjalanan parti, malah memperlekeh hak dan kuasa MT mengenainya.
Dengan yang demikian, persetujuan kononnya melibatkan 140 atau 154 ketua bahagian yang digembar-gemburkan itu tidak lebih hanyalah "sampah sarap" yang perlu dikuis ke tepi atau dimasukkan terus ke dalam tong sampah saja.
Ia sama sekali tiada nilai untuk diambil kira atau dipertimbangkan. Tidak sesiapa, termasuk MT, harus melayannya.
Tugas ketua bahagian ialah mengukuhkan parti, menabur khidmat kepada masyarakat dan memastikan parti menang dalam pilihanraya.
Kalau mahu ambil bahagian dalam pemecatan atau sebagainya, jadilah ahli MT terlebih dahulu. – shahbudindotcom.blogspot.my, 30 Oktober, 2015.

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.