Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

[PEMBANGKANG TAK BOLEH DIHARAP] PKR Tidak Tahu Azmin Lulus Tiga Projek Lebuhraya

CELAH GELEGAR
[PEMBANGKANG TAK BOLEH DIHARAP] PKR Tidak Tahu Azmin Lulus Tiga Projek Lebuhraya

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menuntut penjelasan dari Menteri Besar Selangor, Azmin Ali yang didakwa meluluskan tiga projek lebuh raya di negeri itu tanpa memaklumkan kepada parti. 

“Jumaat ini kita ada perbincangan bajet Selangor. Saya akan minta penjelasan,” katanya kepada pemberita di lobi parlimen hari ini. 

Wan Azizah yang juga merupakan Presiden PKR mengulas tindakan Azmin secara unilateral, alasan yang sama yang menyebabkan bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim digugurkan.

Isnin lalu, Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ali berkata Azmin akan dipanggil bagi memberi penjelasan bahawa beliau bertindak secara unilateral dalam meluluskan projel Lebuh Raya Sungai Besi-Ulu Klang (SUKE), Lebuh Raya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH) dan Lebuh Raya Lembah Klang Timur (EKVE). 

"Saya tidak tahu dan saya tidak mempunyai apa-apa maklumat tetapi saya akan bangkitkan perkara itu pada mesyuarat dalaman kami untuk mendapatkan pengesahan daripada menteri besar sama ada beliau beri kelulusan," kata Rafizi.- klxpress

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.