Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

[MABUK, KALAU KO DAH UGUT] Satu Pihak UGUT ambil Tindakan Jika DESAK Najib Letak Jawatan, Satu Pihak Kata Hanya 300 dari 25,000 Cawagan DESAK, TAK BANYAK

CELAH GELEGAR
[MABUK, KALAU KO DAH UGUT] Satu Pihak UGUT ambil Tindakan Jika DESAK Najib Letak Jawatan, Satu Pihak Kata Hanya 300 dari 25,000 Cawagan DESAK, TAK BANYAK
Tindakan terhadap ahli sokong gerakan desak PM letak jawatan - Ahmad RazifAhmad Razif memberi amaran tindakan akan dikenakan terhadap mana-mana ahli yang menyokong atau terlibat dalam gerakan untuk mendesak agar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak letak jawatan.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman menegaskan setiap ahli UMNO tidak boleh bertindak di luar peraturan parti.

"Kalau kita bertindak di luar peraturan parti, kita terpaksalah menanggung tindakan yang akan diambil oleh kepimpinan," kata Ahmad Razif semasa ditemui media di sini siang tadi.



Ismail Sabri - Ada 22,000 ketua cawangan, jadi kalau setakat 100 atau 200 yang tak puas hati itu perkara biasa

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berpandangan tindakan ketua cawangan meminta Najib letak jawatan dibuat bagi memalukan ketua bahagian mereka.
“Ini kumpulan kecewa dalam bahagian, jadi kadang-kadang tindakan yang dibuat itu bukan menentang Najib selaku presiden, tetapi hanya nak memalukan ketua bahagian dia.
“Saya difahamkan ada 22,000 ketua cawangan, jadi kalau setakat 100 atau 200 yang tak puas hati itu perkara biasa,” katanya lagi.

UMNO ada 25,000 cawangan, hanya 300 cawangan dibayar untuk minta najib letak jawatan tidak jejaskan parti- kata Ku Nan 

Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor pula berpendapat memang wujud gerakan dari dalam Umno sendiri untuk mendesak Presidennya Datuk Seri Najib Razak meletakkan jawatan.

Beliau berkata gerakan “orang dalam” parti itu sedang mengumpulkan 300 cawangan bagi tujuan tersebut, lapor Utusan Malaysia hari ini.

“Dalang ini merupakan orang yang kecewa dengan parti. Kita tiada masalah, Umno mempunyai 25,000 cawangan seluruh negara, walaupun 300 cawa­ngan dibayar untuk membuat ke­n­yataan sedemikian, ia langsung tidak akan menjejaskan parti.


0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.