SEMUT HITAM
MAK LAMPIR MEROYAN, KEMPUNAN TERUBUK MASIN!!!
Hehehe!!! Kesian pulak tengok Si Zuraidah Mak Lampir ni. Tak pasal - pasal je dia dah kempunan nak makan ikan terubuk masin dan kek lapis Sarawak. Semuanya gara - gara dia tak diberi masuk.
Kalau sebelum ini, kita dah baca cerita mengenai tindakan pihak Imigresen Sarawak yang menghalang Si Mak Lampir tu dari memasuki Negeri tersebut dan diarahkan pulang ke Semenanjung.
Puas la Si Mak Lampir tu berguling - guling depan Airport Kuching sebab dia sorang je yang tak lepas. Sebaliknya, Timbalan dia dapat pulak kelepasan untuk masuk oleh pihak Imigresen.
Dan yang paling kelakarnya, bukan baru ini Si Mak Lampir tu tak dibenarkan memasuki Negeri Sarawak rupanya. Tapi dia tak diberi kebenaran sejak zaman Pehin Seri Taib Mahmud lagi!!!
Hahaha!!! Memang kes naya betul. Maka disebabkan itulah Si Mak Lampir tu beria - ia tuntut penjelasan dari pihak Kerajaan Sarawak, kenapa dia dihalang dari memasuki Negeri tersebut.
Kalau ikut alasan yang diberikan oleh Si Mak Lampir tu, dia kata dia sepatutnya diberi kebenaran masuk kerana banyak isu - isu yang dia nak diperjuangkan untuk rakyat Sarawak.
"Saya tidak dibenarkan masuk zaman era Taib Mahmood sehingga sekarang. Saya buat surat untuk memberikan kebenaran untuk saya masuk ke sana kerana saya ada banyak isu-isu Sarawak yang saya mahu bangkitkan untuk perjuangkan rakyat negeri itu. "Atas dasar itu sepatutnya saya dibenarkan masuk Sarawak apatah lagi saya seorang ahli parlimen. Hak untuk berpolitik pun sepatutnya diberikan," katanya ketika ditemui pemberita di Program Kempen #HeforShe di Hotel De Palma Shah Alam, petang tadi.
Huh! Mak Lampir tu ingat rakyat Sarawak ni BODOH sangat ke sampai diorang tak mampu nak memperjuangkan Hak untuk diri mereka sendiri sampai terpaksa dia pulak yang datang bantu?
Hakikatnya, orang Sarawak tu sendiri pun tak hingin orang luar macam Si Mak Lampir tu datang dan sibuk nak mengajar diorang cara untuk menguruskan kehidupan seharian diorang.
Nak pulak kalau yang nak tunjuk pandai tu seorang 'Pendatang' yang sebelum ini hanya memiliki hak bermastautin. Itu pun dia tak reti nak bersyukur dengan apa yang telah diberikan.
Adalah lebih baik Si Mak Lampir tu jaga kawasan dia sendiri dulu. Ramai lagi rakyat didalam kawasan Parlimen Ampang tu yang Si Mak Lampir tu dah lama tak pergi jenguk. Banyak lagi isu yang tak selesai. Tak payah la dia nak sibuk jenguk rakyat ditempat orang pulak!!!
0 comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.