Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PANTANG BERSUARA KENA TINDAKAN!!!

SEMUT HITAM
PANTANG BERSUARA KENA TINDAKAN!!!
Huh! Politik, Politik. Nampak gayanya, makin pening tengok Politik hari ni. Huru hara tak tentu arah dibuatnya. Macam - macam perkara yang berlaku. Lepas satu, satu timbul.

Dan zaman sekarang ni pulak, pantang bersuara sikit, ada saja tindakan yang diambil tanpa mengambil kira mana - mana pihak sekali pun. Yang peningnya, orang bawahan.

Padahal perkara ni bukannya baru. Sejak dari hari tu lagi orang dah bagitau. Jangan dipikul biawak hidup. Nanti yang susah bukan orang. Sebaliknya diri sendiri jugak yang dapat penyakit.

Sekarang baru la masing - masing sedar. Baru la semua nak ambik tindakan disebabkan kelantangan sesetengah pemimpin yang secara terbuka mempertikaikan parti sendiri.

Sebelum ni, semua buat tak nampak belaka. Semua main ambik mudah je tanpa memikirkan kesan yang akan berlaku dimasa akan datang. Hari tu, cakap orang tak nak dengar. Dasar degil tu la.

Hari ini, dek kerana bengkak kena kritik secara terbuka oleh pemimpin parti sendiri membuatkan PAS pun dah mula panas hati. Katanya, diorang nak ambik tindakan terhapa mereka yang terlibat.

Perkara itu dinyatakan sendiri oleh Naib Presiden PAS yang jelas dah muak dengan perangai kebudak - budakkan yang telah ditonjolkan oleh Si Husam Musa tu sebelum ini.

Dengan menggunakan pentas ceramah parti 'Periuk' pimpinan Si Mat Sabu yang juga dianggap musuh PAS, selamba badak je Si Husam tu mengkritik parti secara terbuka. Terutama tentang isu Hudud.

Sekarang kita tengok la sejauh mana PAS berani nak ambik tindakan tersebut. Apa jenis tindakan yang nak diambil? Tapi kalau setakat bercakap je buat mengabihkan air liur, baik tak payah. Kalau setakat bercakap ni, suruh budak tadika pun boleh!!!

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.