CELAH GELEGAR - Mencari Kebenaran Yang Sebenar
Ratu Naga akan buat LAPORAN POLIS terhadap Penulis Blog yang MENFITNAH beliau
"Saya akan buat report pada penulis article ini sebab memfitnah saya"
"Saya bukan cai dedak macam mereka. Pemilik blog ini adalah seorang manusia bernama Kamarul berkerja sebagai saleman produa puchong. Saya akan ambil tindakan terhadap beliau. Ini lah budak yang bila susah dulu konon kata bini anak sakit, saya dan kawan bantu"
"Lepas jadi dedak, nak fitnah saya lak. Ok kita tengok report ni jalan ke tidak. Selagi tak di ambil tindakan, masa tu kita tengok undang-undang adil ke tak" tulis beliau di facebook Ratu Naga.
Ratu Naga yang merupakan pejuang maya penyokong Kerajaan telah didakwa di Mahkamah Sesyen Sepang atas pertuduhan menghantar komen menghina pemimpin negara di laman sosial Facebook (FB).
Beliau didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588] dan boleh dihukum mengikut Seksyen 233 (3) akta yang sama.
Sejak akhir-akhir ini ramai pejuang maya pro Kerajaan dan UMNO terpaksa menyatakan kebenaran dan tidak lagi menyokong pimpinan tertinggi UMNO yang terlibat dengan pelbagai skandal.
Namun, akhirnya, mereka terpaksa menghadapi risiko 'ditekan' oleh parti dan pemerintah yang mereka sokong dan pertahankan suatu ketika dahulu.
Hanya pejuang sejati yang mampu harungi semua ini.
0 comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.