Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tun Mahathir ajak rakyat bangkit lawan Najib

CELAH GELEGAR - Mencari Kebenaran Yang Sebenar
Tun Mahathir ajak rakyat bangkit lawan Najib


Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengajak rakyat supaya bangkit untuk menumbangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
"Saya rasa sudah tiba masanya apabila parti-parti tidak penting lagi. Masalah ini memberi kesan kepada negara.
"Saya mahu setiap orang sebagai warga negara yang prihatin dengan apa yang berlaku di negara ini, sebagai warga negara, tidak kira sama ada kita adalah pembangkang atau pun kerajaan.
"Sekarang masanya untuk bertindak sebagai warganegara, tanpa mengira fahaman parti atau kesetiaan," katanya hari ini.
Mahathir berkata demikian ketika diminta mengulas lanjut mengenai pertemuannya dengan ahli parlimen PAS Mahfuz Omar pada Jumaat lalu. Mahfuz mendakwa Mahathir menggesa pembangkang supaya bersatu bersama NGO untuk menjatuhkan Najib. - Malaysiakini

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.