Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Dokumen Panama: ANAK NAJIB SAHKAN laporan tapi sudah tinggalkan syarikat

CELAH GELEGAR - Mencari Kebenaran Yang Sebenar
Dokumen Panama: ANAK NAJIB SAHKAN laporan tapi sudah tinggalkan syarikat

Anak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengakui terbabit dalam dua syarikat pesisir luar sebagaimana pendedahan Konsortium Antarabangsa bagi Wartawan Penyiasatan (ICIJ) menerusi ‘Dokumen Panama’.
Dalam kenyataan menerusi laman Facebooknya, Datuk Mohd Nazifuddin berkata, beliau memegang jawatan pengarah dalam dua syarikat yang berpangkalan di Kepulauan Virgin British (BVI) iaitu Jay Marriot International dan PCJ International Venture Limited.
Tanpa menyatakan jumlah saham yang dimilikinya, beliau berkata, pada 2009 beliau adalah salah seorang daripada dua pengarah, termasuk Ch’ng Soon Sen, dalam Jay Marriot International.
“Bagi syarikat PCJ International pula, syarikat itu adalah ditubuhkan bersama dengan seorang pemaju Megat Daniff Shahriman Zaharudin,” katanya sambil mendakwa beliau tidak lagi terbabit dalam kedua-dua syarikat itu.
Mohd Nazifuddin anak kedua Najib bersama isteri pertamanya berkata, beliau telah memindahkan semua saham miliknya kepada kakak Soon Sen dan meletak jawatan pada tahun 2011.
Bagi PCJ International pula beliau berkata, syarikat ini ditutup setahun selepas pembentukan pada 2013 kerana tiada urusan dan transaksi perniagaan yang berlaku sejak penubuhan.
Sambil menyifatkan kebocoran maklumat ini adalah satu bentuk serangan besar terhadap hak peribadi individu dan syarikat, beliau berkata:
“Telah menjadi satu kebiasaan di mana pihak-pihak tertentu akan mengambil kesempatan untuk membangkitkan isu ini seolah-olah saya telah melakukan satu kesalahan atau jenayah. Ia tidak menghairankan saya jika ada pihak yang akan mempolitikkan perkara tersebut dalam usaha untuk memburukkan nama saya.”
Ahad lalu, dunia digemparkan apabila ICIJ menyiarkan satu pendedahan besar menerusi dokumen bocor yang mereka peroleh, berkaitan aktiviti ratusan individu tertentu, termasuk dari Malaysia yang menyembunyikan ‘kekayaan’ mereka.
Digelar ‘Panama Papers’ atau ‘Dokumen Panama’ sempena aktiviti kewangan yang berlaku di Panama – negara di 
Amerika Tengah dan ICIJ memperoleh 11.5 juta fail mengenai individu yang ‘menyembunyikan’ kekayaan sambil mengelak daripada membayar cukai.
Pakatan media melaporkan bahawa sebuah firma undang-undang Panama membantu individu terbabit untuk 
menubuhkan syarikat dan akaun pesisir luar bagi menyembunyikan wang.
Jutaan fail itu yang mana bertarikh sejak empat dekad lalu, didakwa ada kaitan dengan firma undang-undang 
Panama – Mossack Fonseca. ICIJ melaporkan bahawa firma berkenaan membantu menubuhkan syarikat rahsia dan 
akaun pesisir luar kepada pelanggan mereka di seluruh dunia.

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.