Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JUAL TUDUNG LAKU TAPI JANGAN LA SOMBONG PULAK!!!

SEMUT HITAM
JUAL TUDUNG LAKU TAPI JANGAN LA SOMBONG PULAK!!!
Ye la. Tak kisah la kalau ramai orang yang boleh jadi GILA sebab nak dapatkan tudung dia sampai tahap ramai yang sanggup berasak - asak begitu sekali. Itu menunjukkan tudung dia laku.

Dari satu sudut, paparan yang dibuat sebelum ini membuktikan bahawa rakyat takde la terbeban sangat dengan perlaksanaan Cukai GST seperti yang digambarkan oleh Pembangkang.

Ianya membuktikan bahawa rakyat di Malaysia ni masih lagi ada kuasa untuk membeli walaupun puak Pakatan Haprak tu membuat dakwaan kononnya rakyat di Malaysia ni dah semakin miskin.

Apa yang pasti, bagi sesetengah pihak, tindakan pihak tertentu memuat-naikkan video kesesakan peminat tudung tu sewaktu beratur nak mendapatkan tudung tu hanya sekadar Gimik Publisiti.

TAPI, Tuan Punya tudung tu jangan la berlagak SOMBONG dan BONGKAK pulak bila orang mempertikaikan pasal peminat dia berasak - asak nak mendapatkan tudung yang dia keluarkan.

Membaca kenyataan yang dibuat oleh Tuan Punya tudung tu pun boleh buat kita terasa JIJIK dengan ke-ANGKUH-an yang telah ditonjolkan. Seolah - olah macam dia bagus sangat.

Ada ke patut Tuan Punya tudung tu kata, kalau siapa tak minat tudung dia, ianya merupakan satu 'kerugian besar' sebab pengikut dan peminat tudung dia dah lebih dari Sejuta.
Mungkin Tuan Punya tudung tu lupa, bilangan angka peminat tu bukan dapat menentukan keuntungan dia secara berpanjangan. Dia lupa, rezeki dia datang daripada Allah S.W.T. Bukannya pada bilangan peminat dilaman page media sosial semata - mata!!!

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.