Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KEMPEN 'Kay Ef Si" NURUL IZZAH PERLU DISIASAT!!!

SEMUT HITAM
KEMPEN 'Kay Ef Si" NURUL IZZAH PERLU DISIASAT!!!
Polis diminta menyiasat dakwaan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah yang menuduh kerajaan Barisan Nasional (BN) akan menaikkan kadar Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pada tahun depan.

Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu kenyataan sebelum ini menegaskan kerajaan tidak akan menaikkan kadar cukai itu dan tidak pernah berbincang mengenainya di kalangan anggota kabinet.
"Saya minta polis siasat ceramah Nurul Izzah di Dataran Merdeka semalam yang tuduh BN akan naikkan GST,” katanya.
Beliau berkata, Nurul Izzah yang hadir lewat bersama ibunya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail terus membuat kenyataan berunsur hasutan dan memfitnah Perdana Menteri dan kerajaan BN.
"Saya juga mengutuk tindakan pakatan pembangkang yang menganjurkan himpunan serta menjejaskan kehidupan harmoni rakyat Malaysia di ibu negara yang mahu membawa keluarga bersiar-siar."Mereka sanggup membawa anak-anak kecil berdiri di dalam kumpulan orang ramai di tengah-tengah cuaca panas yang melampau ketika ini tanpa menghiraukan risiko mereka terkena serangan ‘strok haba’," katanya.
Menurutnya, beliau kesal apabila ada ahli keluarga yang membenci kerajaan tidak mengendahkan pesanan Kementerian Kesihatan yang meminta orang ramai tidak membawa kanak-kanak keluar di kawasan panas kerana fenomena El Nino yang melanda negara ketika ini.

Beliau juga melihat himpunan demi himpunan anjuran Pakatan Harapan kini gagal kerana setiap kali dianjurkan peserta yang hadir cuma sedikit dengan suasana hambar dengan ceramah yang bosan.

Apa yang jelas, rakyat sendiri sudah MUAK dan JELAK dengan Politik Retorik yang dihidangkan oleh Pakatan Haprak tu kerana ianya hanya sekadar mendedahkan HIPOKRASI mereka secara terang - terangan!!!

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.