Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

[DUTA CHINA JANGAN CAMPUR URUSAN KAMI] Pemuda UMNO Selar Duta China

CELAH GELEGAR
[DUTA CHINA JANGAN CAMPUR URUSAN KAMI] Pemuda UMNO Selar Duta China

Pemimpin pemuda Umno Armand Azha Abu Hanifah tampil menyelar Duta China ke Malaysia Dr Huang Huikang Putra susulan kenyataannya semasa lawatan ke Jalan Petaling, Kuala Lumpur.

“Beliau menyatakan tidak akan duduk berbincang dengan pihak kerajaan jika bangsa Cina diganggu gugat,” kata exco Pemuda Umno itu yang juga pengerusi Briged Kesatria Muda.

“Saya nak kasi tahu pada Duta China ini, yang mengganggu gugat keamanan sejak kebelakangan ini adalah bangsa Cina dengan membuat provokasi-provokasi dan hinaan, bukan hanya pada bangsa Melayu Bumiputera tetapi juga terhadap kepimpinan Melayu Islam.”

Arman yang juga bekas ketua Pemuda PERKASA berkata sikap biadab bangsa Cina telah menaikkan kemarahan majoriti orang-orang Melayu Bumiputera.

Dalam lawatannya semalam, Huang memberitahu media, negaranya menentang sebarang bentuk keganasan, perkauman dan sikap melampau yang disasarkan terhadap kumpulan etnik tertentu.

Dalam kenyataannya hari ini, Arman berkata orang-orang Melayu senantiasa menghormati hak semua bangsa, kaum dan agama sejak dahulu lagi.

Tetapi pihak yang diberikan hak itu juga harus tahu menghormati hak orang Melayu dan Bumiputera, tambahnya.

Selesai dulu kes Uighur

Arman juga mengingatkan bahawa Malaysia tidak pernah masuk campur urusan dalaman kerajaan China kerana menghormati hubungan antara negara.

“Jadi saya nak ingatkan pada Duta China agar tidak mencampuri urusan pentadbiran negara Malaysia,” kata Arman.

Briged Kesatria Muda pemuda Umno juga menuntut penjelasan atas kenyataan Huang dan memohon maaf jika benar diucapkannya.

“Selesaikan dahulu isu dalaman China kes penindasan umat Islam Uighur baru masuk campur hal negara orang.

“Tanah Malaysia tanah berdaulat, biar urasan negara diselesaikan oleh Malaysia, kita tidak perlu campur tangan pihak luar dalam urusan pentadbiran negara,” kata Arman.

The Star Online melaporkan Huang dijangka dipanggil Wisma Putra susulan kenyataannya yang dilihat campur tangan dalam hal ehwal dalaman negara ini semasa lawatan ke Jalan Petaling, Kuala Lumpur.

Harian itu melaporkan Huang dipetik sebagai berkata China menentang pihak yang menyebabkan keganasan untuk mengganggu ketenteraman awam.

Ia dilihat merujuk kepada kumpulan yang ingin berhimpun di Jalan Petaling hari ini.-MK

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.